Artis / Selebriti
” Wish yang buat hati ni rasa nak menangis. Jebat ada Baba yang sangat hebat.. ” – Komen Netizen
Perkongsian Sharnaaz Ahmad sempena hari lahir anaknya, Jebat Jayden buat peminat tersentuh. Sebak baca ucapan Baba untuk Jebat..
30 Ogos tarikh istimewa yang setiap tahun dinanti-nantikan oleh Sharnaaz Ahmad dan anaknya, Jebat Jayden. Hari ini merupakan hari lahir Sharnaaz dan juga Jebat. Mereka berkongsi tarikh lahir yang sama dan ketika kelahiran Jebat beberapa tahun lalu, ianya hadiah hari lahir paling bermakna untuk Sharnaaz.
Menerusi perkongsian terbaru Sharnaaz di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu posting yang memaparkan gambar kenangan Sharnaaz bersama Jebat disertai satu kapsyen ucapan hari lahir yang menyentuh hati ramai. Ucapan Sharnaaz penuh dengan emosi dan kata-kata semangat untuk Jebat.
Sharnaaz dan Jebat sememangnya rapat dan banyak yang mereka kongsikan bersama. Wajah Jebat sering dikatakan seiras dengan mommynya, Noornabila tetapi bab perangai, Jebat lebih banyak terarah kepada babanya ini. Gaya Jebat juga tak ubah seperti gaya Sharnaaz.

Sharnaaz seringkali dipuji oleh warganet kerana seorang bapa yang bertanggungjawab dan tidak sekali-kali membiarkan Jebat sendiri. Dari Jebat masih bayi sehingga lah sekarang, apa jua situasi dan keadaan, Sharnaaz selalu ada di samping Jebat walaupun sudah berpisah dengan Nabila.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 30 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Happy birthday abang and jayden. love you two very much, always.. ” – Athisha Khan
” Happy birthday Mamu sharnaazahmad and Jebat Jayden. Like father, like son.. Enjoy your special day together, both of you deserve the best.. “
” Happy birthday Sharnaaz dan Jayden.. sedih pulak baca wish baba untuk Jayden ni. the best ever baba in the world.. “
” Happy birthday handsome baba and jebat. Sama-sama hebat, sama-sama berkongsi hari lahir. semoga jebat akan menjadi sehebat baba apabila dewasa kelak.. “
” Tersentuh hati baca kapsyen Sharnaaz ni. Besarnya kasih sayang sharnaaz untuk jebat. untung jebat ada baba yang rela harung apa je untuk jebat.. happy birthday both of you.. “
” Wish yang buat hati ni rasa nak menangis. Jebat ada baba yang sangat hebat, yang tak pernah tinggalkan jebat walaupun ramai yang kecam dan maki. Baba terbaik untuk jebat. happy birthday mamu dan jebat. moga korang bahagia selalu.. “
” Nak tengok dari mana hebatnya seorang anak, tengok lah ayahnya. Sharnaaz memang baba yang hebat dan terbaik. ucapan tu touching baca, sharnaaz selalu ada untuk jebat dalam apa jua situasi.. itu memang dah terbukti.. “
Setinggi gunung Everest, lebih tinggi lagi kasih dan sayang Sharnaaz untuk satu-satunya heronya ini. Kami di Berita Kopak juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari ulangtahun kelahiran buat Sharnaaz dan Jebat Jayden. Semoga Allah merahmati selalu kehidupan kalian dan berbahagia selamanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sharnaaz Ahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

