Artis / Selebriti
” Wei terang-terang dia ajak bergosip. Jangan YB percaya betul sudah lah, haha.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Dato’ Aliff Syukri bergosip mengenai bekas kekasih Bella Astillah buat ramai terhibur. Wah gosip terhangat ni Dato’. Jenuh lah Bella nak kena explain pada YB Saddiq, hehe..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Modelista Empire, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sesi live Dato’ Aliff Syukri. Usahawan ini antara yang aktif membuat live di Tiktok. Setiap kali live, ada sahaja idea Dato’ Aliff untuk bercerita kepada viewers.
Menerusi video perkongsian ini, Dato’ Aliff mendedahkan sesuatu mengenai pasangan sensasi masa kini, Bella Astillah dan YB Syed Saddiq. Pasangan ini yang digelarkan sebagai BASS oleh para pengikut mereka. Kata Dato’ Aliff, dia sudah lama mengenali Bella.
Menurut Dato’ Aliff, sebelum Bella bercinta dengan YB Syed Saddiq, Bella mempunyai hubungan istimewa bersama seorang lelaki. Dato’ Aliff memberitahu nama lelaki tersebut dan mengatakan warganet boleh bertanyakan secara direct kepada Bella siapakah lelaki itu.

Muka Dato’ Aliff begitu serius bercerita dan meyakinkan semua ceritanya itu benar. Tambah Dato’ Aliff lagi, pelakon Muaz yang dikaitkan dengan Bella sebelum ini hanya lah sekadar content semata-mata. Sekali Dato’ Aliff buka kelab gosip, sambil menjual pun sempat lagi ‘membawang’, hehe.
Jom tonton video di bawah :
@modelistaempire ♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, odd, lovely (Drumless)(1441321) – Ponetto
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Datooo… jgn lh buat mcm ni… nnti Yb tnya Bella siapa.. siapa… siapa… siap muka garang lgi.. haha teruk Bella menjawab… kesiannn Bella… bukn kesian Daniel.. “
” Jangan YB percaya betul betul sudah lah.. jenuh Bella nak explain.. dah lah YB tu lurus bendul, kang majuk lagi kawan tu.. “
” Sambil menjual sambil bergosip ye dato’ haha.. Dato pun buat lawak sarcastic sama mcm YB eihh.. jgn ada yg pembaris sudah haha.. “
” Dato’ , jangan buat hal dato’ . boleh jadi headline hangat ni.. Sian bella, mesti ada yang membebel bagi ayat sepanjang jalan lebuh raya nanti.. “
” Yb syed saddiq jangan percaya tahu.. dato’ aliff sembang je tu. Amboi amboi dato., bergosip memang hebat.. “
” Haha Daniel tu watak dalam drama tu.. nanti YB Tanya hahaha. Selagi jawapan blm memuaskan nanti dalam live Tanya lagi ya YB. tauuu dahhh.. “
” Wei terang terang dia ajak bergosip haha.. pandai membawang dato’ ni.. aku puas pikir siapa daniel haha.. rupanya watak drama haha.. adui terkena.. “
Cara Dato’ Aliff bergosip itu nampak sangat real, boleh membuatkan orang percaya bekas kekasih Bella sememangnya si jejaka itu. Pandai betul Dato’ Aliff ‘memancing’ semua orang untuk bergosip bersama ye, hehe. Apa-apa pun, ini hanyalah sekadar hiburan sahaja.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Modelista Empire
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti23 hours ago Artis / Selebriti23 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
