Artis / Selebriti
” Weh bertubi-tubi Ustaz Azhar bagi Zizan, keras perut aku ketawa. Gelak tersakiti Zizan, haha.. ” – Komen Netizen
Video Zizan Razak kena usik Ustaz Azhar Idrus ketika ceramah terbuka MAKAR Fest buat ramai terhibur. Ambik nak Zizan, kaw kaw Ustaz Azhar bagi. Part penonton lelaki, Mubarak naik ke pentas tu paling lawak. Lagi parah Zizan kena, haha..
Zizan Razak antara pelawak, pelakon dan usahawan yang berjaya dan dikenali ramai. Dalam kesibukan Zizan dengan jadual kerjanya yang padat, Zizan tetap meluangkan masa untuk memenuhi jemputan sebagai host ceramah agama terbuka bersama Ustaz Azhar Idrus.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Mek_ainalieya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan menarik ketika Dialog Anak Muda, Makar Fest Dataran Shah Bandar Kuala Terengganu. Ini bukan lah kali pertama Zizan dan Ustaz Azhar sepentas dan mereka sememangnya sekepala apabila digandingkan.
Zizan tetap dengan sikapnya yang suka berjenaka dan mengusik Ustaz Azhar. Ada sahaja peluang, pasti Zizan cuba mengenakan Ustaz Azhar tetapi ianya tidak mudah kerana Ustaz Azhar juga bijak dalam menangkis usikan Zizan. Pada akhirnya, Zizan yang terkena dengan Ustaz Azhar.

Riuh suasana di ceramah tersebut dengan gelak ketawa penonton. Ketika seorang penonton berbangsa Nigeria naik ke pentas untuk bertanyakan mengenai hukum mengata orang hitam, lagi gamat ketawa semua. Teruk Zizan disakat oleh Ustaz Azhar sampai ke akhir ceramah.
Jom tonton video di bawah :
@mek_ainalieya Ustaz cuba pejamkan mata bayangkan muka Walid 😂#fyp #ustazazharidrus #zizanrazak
@mek_ainalieya Membalas kepada @SayangFateema lama sangat dop jumpe banyok kena 😂 #fyp #ustazazharidrus #zizanrazak
@mek_ainalieya HAHAHAHA kena sokmo zizan 😂 #fyp #ustazazharidrus #zizanrazak
@mek_ainalieya Sambung lagi 😂 #fyp #ustazazharidrus #zizanrazak
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Best dorang ni, dalam gelak gelak dapat ilmu.. dia tanya soalan dia sendiri gelak haha.. sakit perut aku gelak dengan zizan ni.. “
” UAI dengan Zizan memang terbaik. jadi seronok kuliah masa tu. ada je akai zizan ni nak kena kn UAI.. UAI dgn Zizan mmg tak boleh sepentas. Tak jadi ceramah dia.. “
” Gelak berdekah tengok zizan dengan uai ni.. UAI pun dah speechless nak jawab apa.. lucu sungguh.. “
” Bagus UAI.. Dalam gurauan ade nasihat bermakna kt situ.. Jangan lupa bersedekah dalam setiap rezki kite, InsyaAllah kubur bercahaya.. “
” Weh bertubi tubi ustaz bagi Zizan haha.. Pair UAIZAN ni lagi best dari JOZAN haha.. gelak tersakiti zizang haha.. “
” Atas muka terus kena zizan kali ni.. uai memang suka menyakat zizan.. berat nanang zizan kena.. steady uai dengan zizan.. “
” Kena sokmo zizan bila jumpa uai.. dalam kena, nasihat tu tetap ada. aku keras perut dengan ustaz azhar ni.. mung jangan jadi walid haha.. “
Dalam gelak ketawa, banyak nasihat yang berguna Ustaz Azhar berikan kepada Zizan dan semua hadirin yang hadir. Gandingan Zizan dan Ustaz Azhar memang menghangatkan suasana dan membuatkan semua tidak berganjak sehingga ke akhir ceramah. Semoga murah rezeki selalu Zizan dan Ustaz Azhar Idrus.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok mek_ainalieya, Tiktok Ustaz Azhar Idrus, Tiktok Baby_blue2025
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

