Artis / Selebriti
” Weh aku tak sangka kali ni Pak Azad kalah teruk, haha.. ” – Komen Netizen
Video Pak Azad Kena Prank Dengan Eira Syazira Dan Adiknya, Syafnida Buat Warganet Terhibur. Adui Bahasa Minion Yang Syafnida Cakap, Memang Terkedu Terus Pak Azad Dibuatnya. Sampai Terduduk Eira Gelak. Part Last Tu Lawak Pak Azad Lari, Haha !!
Siapa yang tidak kenal dengan perangai mencuit hati pelawak dan penyampai radio, Pak Azad. Tidak hanya kelakar di konti dan pentas, di rumah bersama keluarga juga Pak Azad seorang yang suka melawak. Banyak video Pak Azad dan isterinya, Eira Syazira membuatkan ramai terhibur.
Meninjau akaun Instagram Azad Syazira, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Pak Azad bersama Eira dan adik perempuan Eira yang bernama Syafnida Shuhaimi. Adik Eira ini juga seorang pelakon berbakat dan aktif di media sosial. Malah wajah Eira dan Syafnida kelihatan seiras dan selalu disangkakan kembar.
Menerusi video tersebut, kelihatan Syafnida membuat lakonan wawancara bersama Eira dan Pak Azad. Syafnida bertanyakan satu soalan kepada Pak Azad, namun soalannya itu membuatkan Pak Azad keliru dan tidak dapat menangkap apa yang dicakapkan.

Syafnida sememangnya berniat untuk bergurau dan mengenakan Pak Azad. Eira pula tumpang sekaki mengenakan suaminya itu. Kelakar sungguh dua beradik ini apabila berkomplot. Pak Azad yang banyak mulut pun boleh terdiam dan terkebil-kebil mendengar percakapan dua beradik ini.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Wehhh aku tak sangka kali ni pak azad kalah teruk ahaha.. Kemon pak azad. Kami dok tunggu pak azad berngsvatjeoskp esjkop skibidibidi grr.. “
” Sekali dengan aku tergelak-gelak walau tak tau kepala ekoq, haha.. citer sal pak azad ke eira ni.. “
” Awal-awal confident dia haha.. kalah mat tak jawab apa pun haha.. lain kali jawab bahasa tamil pak zad.. “
” Macam mana pak azad boleh kalah ni haha.. Kena banyak belajar lagi dengan sifoo jacky.. ni bahasa minion haha.. “
” Kenapa aku rasa macm nak hempuk pak azad dengan selipar ni.. Kremm perut siot haha.. mati lah tak terjawab kalau macam ni.. “
” Ambik ko Pak Azad, terkedu terus Pak Azad.. depa ni jarang tak kelakor.. penghibur pagi aku.. masuk air betul eira dengan adik, sekepala haha.. “
” Nape diam… jawab laaa selalu pandai sangat menjawab.. Hahaha… gelak tgk muka Pak Azad..siottt betul, lucu.. 1 family same wavelength.. “
Jarang dapat melihat Pak Azad kalah dalam berkata-kata. Kali ini prank Eira dan adiknya berjaya membuatkan Pak Azad terkedu. Lawak sungguh perangai mereka bertiga. Semuanya perangai ‘masuk air’ dan ‘gila-gila’ serta mengusik antara satu sama lain.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Azad Syazira Roses
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

