Artis / Selebriti
” Wahhh, romantiknya. So sweet.. ” – Netizen
Kongsi Video Sambutan Ulangtahun Kelahiran Isterinya Farah, Ucapan Ustaz Ebit Lew Buat Ramai Tersentuh. Part Bagi Bunga Tu, Comel Sangat Reaksi Spontan Suami Isteri Ini. Wahhh Romantisnya !!
Nama pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew bukan asing lagi. Terkenal di seluruh pelosok negara, nama Ustaz Ebit semakin menjadi sebutan dengan kerja amal yang dilakukannya. Sering membantu golongan yang tidak berkemampuan, Ustaz Ebit memberi sinar dan kegembiraan buat mereka.
Pemilik restoran Paramount Coffe House ini bukan calang-calang orangnya. Memiliki banyak sumber pendapatan, rezekinya semakin bertambah dari hari ke hari. Betul lah kata orang, di sebalik kejayaan seorang lelaki berdiri seorang wanita di belakangnya. Ustaz Ebit sangat menyanjungi 2 orang wanita dalam hidupnya iaitu ibu dan isterinya.
Menggelarkan isterinya sebagai bidadari, cara beliau menyantuni isteri dan anak-anaknya sering dipuji ramai. Menyayangi dan penuh kelembutan, Ustaz Ebit sekeluarga terlihat sangat bahagia. Dan hari ini sempena ulangtahun kelahiran bidadarinya, Ustaz Ebit memberi kej0tan yang sangat romantis.

Menerusi akaun Instagram, Ustaz Ebit Lew telah berkongsikan satu video yang memaparkan beliau menyambut ulangtahun kelahiran isterinya yang bernama Farah. Apa yang menarik perhatian netizen adalah ucapan Ustaz Ebit dan kej0tan jambangan bunga yang sangat romantis. Untungnya bidadari Ustaz Ebit ni.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini buat ramai yang tersentuh dengan layanan Ustaz Ebit terhadap isterinya. Antara komen-komen mereka :
” Alahai sweetnya ustaz. Happy birthday to bidadari ustaz.. “
” Sanah helwah buat bidadari ustaz EL.. Semoga Menjadi Bidadari Yg terbaik Buat Ustaz Dan Anak-anak.. Aamiin Allahumma Aamiin.. “
” Alhamdulillah. Semoga berbahagia hingga ke jannah. Selamat ulang tahun kelahiran puan farah.. “
” Wahhh. Romantiknya. So sweet.. Nama Farah bidadari ustaz.. semoga bahagia selalu.. “
” Sweetnyaaa, semoga hubungan sampai ke jannah.. Aamiin.. “
” Pure love and a very good example to others family.. “

Sweet sungguh Ustaz Ebit melayani isterinya ini. Ucapan yang sangat tulus dan ikhlas daripada hati seorang suami buat isteri tercinta. Selamat ulangtahun kelahiran Puan Farah. Semoga kasih sayang ini berkekalan sehingga ke hujung ny4wa dan berbahagia selalu bersama anak-anak tersayang. Aamin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ebit Lew
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

