Artis / Selebriti
” Wahhh makin gempak dan best ni. Tak sabar nak tengok.. ” – Netizen
Erma Fatima Kongsi Sedutan Drama Lock In 2 Buat Peminat Teruja. Banyak Watak Baru Yang Lagi Gempak Seperti Syafiq Kyle, Neelofa, Hun Haqeem, Nora Danish, Zizan Razak Dan Ramai Lagi. Terbaik !!
Idea kreatif daripada pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima mendapat pujian ramai tempoh hari. Mengarahkan drama online pertama Lock In ketika PKP dikuatkuasa, kelainan yang dibawakan Erma buat peminat seluruh negara ternanti-nanti siaran drama ini.
Disiarkan di akaun Instagramnya dan semua pelakon-pelakon yang terlibat, Drama Lock In yang terdiri daripada Datin Umie Aida, Nora Danish, Neelofa, Janna Nick, Sherry Alhadad, Remy Ishak dan Baem Wong mencuit hati semua peminat dengan gelagat lakonan mereka.
Dek kerana sambutan yang menggalakkan, Erma menyambung drama ini dengan siri keduanya, Drama Lock In 2. Menampil lebih ramai pelakon pada episod kali ini, berbagai cerita dan aksi lucu bakal dipersembahkan buat tontonan semua.

Menerusi akaun Instagram, Erma Fatima telah berkongsikan beberapa posting berupa video sedutan bagi drama Lock In 2 yang bakal disiarkan Sabtu ini jam 3 petang. Melihatkan sedutan sahaja sudah buatkan peminat tidak sabar untuk melihat gandingan-gandingan baru yang ditampilkan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini mendapat perhatian dari ramai peminat. Antara komen-komen mereka :
” Mok cun bole buat filem c0r0na mesti ramai orang nak tengok.. “
” Hahaha. Lawak. Tak sabar.. “
” Hahaaha.. Adoiiii, kecoh laa nanti.. Tak sabar nak tengok.. “
” Wahhh makin gempak dan best ni.. “
” Tak sabarnya nak tengokkk. Lofa dengan si capik.. “
” Yee tak sabar nak tengok.. “
” Macam lawak ja cerita ni. Tak sabar nak tengok.. “
Tengok sedutan pun dah meriah, episod penuh besok pasti lagi gamat dengan gelak tawa. Peminat yang sudah mengikuti dari siri 1 sudah tidak sabar untuk melihat sambungan Drama Lock In 2 ini. Terbaik dari yang terbaik dipersembahkan. Moga semua terhibur dan sama-sama kita saksikannya esok.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Erma Fatima
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

