Artis / Selebriti
” Wah cantiknya nama baby Intan. Mini Isketambola is here.. ” – Komen Netizen
Selamat melahirkan cahayamata sulung, perkongsian terbaru Intan Najuwa raih perhatian warganet. Alahai chubby betul baby Intan. Nama pun sedap..
Pelakon cantik dan kecil molek, Intan Najuwa seringkali menjadi perhatian warganet. Intan menikahi Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023. Sekitar pada bulan Julai yang lalu, Intan mengumumkan dirinya sedang hamil anak pertama dan ianya cukup menggembirakan semua peminat Intan.
Penantian 9 bulan Intan berakhir apabila Intan selamat melahirkan cahayamatanya itu. Menerusi perkongsian terbaru Intan di akaun Instagramnya, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan Intan bersama suami dan anaknya itu.
Wajah bayi ini ditutup dengan emoji berbentuk hati, namun masih menampakkan pipinya yang chubby. Dengan kapsyen yang ringkas berbunyi ‘ Welcome to the world, our precious babygirl ‘ , Intan turut memaklumkan nama yang telah dipilih untuk puterinya ini iaitu Imane Lunara.

Berita ini mendapat ribuan ucapan tahniah daripada warganet dan juga rakan selebriti. Memang ramai yang ternanti-nantikan untuk melihat bayi Intan ini. Sepertimana yang Intan maklumkan sebelum ini, bayinya ini agak besar dan sudah melebihi 3 kg ketika melakukan ujian imbasan.
Jom baca perkongsian di bawah :


Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 70 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aaa alhamdulillah.. tahniah Intan sayang.. We love you so much already Lunara.. semoga membesar dengan sihat, cantik , comel dan bijak.. “
” Alhamdulillah congratulations Intan.. Selamat berpantang.. Adik dah jadi mommy.. sama birthday theidriskhan dan Harraz.. “
” Alhamdulillah congrats korang.. Welcome to zombieland stage one guys haha.. wish macam dengan kawan2 pulak ek.. “
” Alhamdulillah Tahniah Intan. Cant wait to see you both..Joms fatinafeefa . Excited nya.. So happy for both of you . May Allah protect you and your love always.. Happy confinement mommy.. “
” Masya Allah Alhamdulillah.. tahniah Intan.. hi imane Lunara.. so cute, nama pun senang ingat.. simple and sweet.. “
” Masha Allah yeay.. Alhamdulillah waiting for the news.. congratulations mommy hugss. Pls plss rest well & selamat berpantang.. “
” Wah cantiknya nama baby Intan.. minii isketambola iss hereee! tk sabar nk tgk Imane lunaraaaa.. chubby betul pipi tu.. “
Intan turut berkongsikan di Instastory miliknya gambar anaknya itu :

Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan Intan untuk melahirkan Imane Lunara. Nama yang comel secomel tuannya juga. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah buat Intan dan suami atas kelahiran cahayamata mereka ini. Selamat berpantang Intan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Intan Najuwa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

