Artis / Selebriti
” Wah Alhamdulilah dah kahwin. Selamat pengantin baru Erissa.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video dan gambar majlis akad nikah Erissa Puteri dan pasangannya, Danial Iskandar curi perhatian ramai. Sama cantik dan sama padan pasangan pengantin baru ni. Warganet sebak melihat seisi keluarga menangis di atas pelamin..
Beberapa hari yang lalu, viral video bintang Ceria Popstar, Erissa Puteri dalam satu majlis bersiram bersama keluarganya. Erissa yang juga bergelar penyanyi dan pelakon drama SMT ini akhirnya mengakhiri zaman bujangnya pada hari ini.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Budak Tadika dan Tiktok Budak Tadika, telah dikongsikan gambar dan video ketika berlangsungnya majlis akad nikah Erissa dan pasangannya, Danial Iskandar. Tarikh 18 April menjadi pilihan pasangan mempelai ini untuk memulakan fasa baru dalam hidup mereka.
Hanya dengan sekali lafaz, Erissa sah menjadi isteri Danial. Erissa menerima mas kahwin sebanyak 70 gram emas dan 11 dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki. Menurut laporan portal Mstar Online, Danial Iskandar adalah anak kepada Datuk Zaidi Mohamed dan Datin Mahfuzah Zakkiah Abdain.

Indah sungguh Erissa dan Danial dalam persalinan pengantin berwarna putih. Walaupun gembira, suasana pilu juga dirasai apabila pengantin dan juga ahli keluarga mereka tidak dapat menahan air mata ketika bersalaman dan berpelukan di atas pelamin. Majlis ini diadakan secara tertutup di The Majestic Hotel, Kuala Lunpur.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
@budak.tadika Moment yg sgt menyentuh hati🥹 bila seluruh keluarga mengalir air mata🤍 Selamat Pengantin Baru diucapkan pada @erissa puteri hashim dan pasangan nya Danial. #fyp #fypviral #erissaputri #wedding #kahwin #pengantin
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Alamak , childhood girl crush kita dah nikah. selamat pengantin baru kak Erissa dan suami.. Tahniah, sama cantik sama padan.. “
” Alhamdulillah, Erissa kahwin dah. Kenal sejak ceria popstar 2 lagi, I is terharu, moga kekal bahagia hingga ke Jannah, selamat pengantin baru.. “
” Omggg congrats beautiful.. Wishing you two happiness.. my fav artis waktu ceria pop star dulu.. Pergh 70 gram emas tu.. “
” Congratulations erissa puteri dan danial Iskandar.. sapa yg layan ceria popstar masa dia peserta dulu mesti dh ada anak kn.. “
” Muka Erissa dengan suami seiras betul. selamat pengantin baru Erissa dan suami.. moga bahagia till jannah.. dengan kita pun sebak tengok dorang nangis.. “
” Masyaallah , selamat pengantin baru kak erissa and husband.. Tgok muka pengantin lelaki sebijik mcm Erissa. Jodoh kuat ni.. “
” Wahh alhamdulilah dah kawen.. Congratulations Kak Erissa.. Wishing you a lifetime of love and happiness.. “
” Tahniah dan selamat pengantin baru.. semoga rumahtangga yg dibina disulami kasih sayang abadi.. “
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan untuk Erissa dan Danial. Ramai yang mendoakan kebahagiaan Erissa dan suami. Kami di Berita Kopak juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat pengantin baru buat Erissa dan semoga berkekalan sehingga ke jannah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Budak Tadika, Tiktok Budak Tadika
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti19 hours ago Artis / Selebriti19 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	
