Artis / Selebriti
” Wah ada accent, 1st time dengar suara Putera Mateen.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja Pengiran Muda Abdul Mateen Dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah. Alhamdulillah Dengan Sekali Lafaz Sah Jadi Suami Orang. Steady Lah Putera Mateen, Muka Relax Suara Macho Masa Akad Tu. Tahniah Putera Mateen !!
Sebagaimana yang diwar-warkan, majlis istiadat akad nikah pasangan pengantin diraja, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dengan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah binti Adam telah pun berlangsung kira-kira jam 2.15 petang tadi di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.
Menerusi akaun Instagram Inaijari, telah diulangsiar video yang memaparkan suasana ketika majlis akad nikah ini berjalan. Putera Mateen kelihatanbegitu segak sekali dalam busana Diraja berwarna putih lengkap dengan tanjak. Putera kesayangan ramai ini kelihatan sangat tenang di majlis khasnya ini.
Dayang Anisha diwakilkan oleh wakil wali dan dengan hanya sekali lafaz sahaja, Dayang Anisha sah bergelar isteri kepada Putera Mateen. Turut dinyatakan mas kahwin yang diberikan kepada Dayang Anisha adalah sebanyak seribu ringgit tunai.

Termeterai sudah janji sehidup semati pasangan merpati dua sejoli ini. Dengan akad tersebut, bermula lah kehidupan Putera Mateen dan Dayang Anisha sebagai suami isteri. Selepas ini, majlis istiadat bersanding pengantin Diraja akan berlangsung.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini mendapat perhatian dan ucapan tahniah diberikan kepada Putera Mateen dan Dayang Anisha. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Tahniah dan selamat pengantin baru. Putera Mateen cakap macam ada slangg sikit.. sebutan tu slang mat saleh.. ”
” Wah ada accent, 1st time dengar suara Putera Mateen. Tetap macho suaranya dan tak bunyi nervous langsung masa akad nikah.. ”
” Simple je akad dia, yang nak menyebut nama dia je pen4t hehe.. anyway, Congratulations Prince Mateen dan dayang anisha.. selamat pengantin baru.. ”
” Alhamdulilllah, semoga sakinah mawadah dan warrohmah untuk Prince Mateen And Queen Anisha.. ”
” Wedding of year 2024.. alhamdulillah syukur selesai semuanya. first time dengar suara prince mateen, lurve nya.. ”
” Alhamdulillah.. Tahniah Maka dgn ini list crushku berkurangan hehe. ampun beribu ribu ampun.. selamat pengantin baru.. ”
” First time dengar suara Putera Mateen.. best dengar, ada slang mat saleh gitu. Alhamdulillah berjalan dengan lancar, tahniah putera mateen.. ”
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan cukup lancar dan dipermudahkan untuk Putera Mateen. Ramai lah gadis-gadis yang patah hati kerana crush mereka ini sudah pun menjadi milik Dayang Anisha. Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan tahniah buat Putera Mateen dan Dayang Anisha. Semoga berbahagia sampai ke jannah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Inaijari, Tiktok Astro Awani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti20 hours ago Artis / Selebriti20 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 


 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
