Artis / Selebriti
” Waa kejap je rasa, dulu tengok baby lagi. Sekarang comel giler.. ” – Komen Netizen
Video Datin Sri Umie Aida Menyambut Ulangtahun Kelahiran Anak Perempuannya, Aisya Humaira Yang Ke 5 Tahun Raih Perhatian Warganet. Alahai Dah Besar Aisya, Makin Cantik Dan Manis. Comel Aisya Malu-Malu Masa Tun Mahathir Menyanyi Lagu Happy Birthday !!
Beberapa tahun lalu, pelakon Datin Seri Umie Aida pernah berkongsi berita gembira tentang kehadiran seorang anak perempuan comel menjadi anak angkatnya. Kehadiran anak yang diberi nama Aisya Humaira melengkapkan lagi perkahwinan Datin Seri Umie Aida bersama suaminya.
Pejam celik, pejam celik, sekejap rasanya masa berlalu, kini Aisya sudah pun semakin membesar. Meninjau di akaun Instagram DS Umie telah dikongsikan video yang memaparkan Aisya menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 5 tahun. Pada awal video, DS Umie dan Aisya bertemu dengan Tun Dr. Mahathir dan mereka menyanyikan lagu selamat hari lahir kepada Aisya.
Manakala video kedua pula memaparkan DS Umie sekeluarga meraikan hari lahir Aisya dengan membawa Aisya berjalan-jalan. Turut ada bersama dalam video itu adalah anak sulung DS Umie dan menantunya. Tulis DS Umie di ruangan kapsyen mendoakan segalanya baik-baik buat puterinya itu.

Perkongsian video-video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan Aisya sekarang kelihatan semakin comel dan tidak menyangka kini usia Aisya sudah pun 5 tahun. Sehingga kini, posting terbaru oleh DS Umie ini menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video daripada DS Umie dan turut memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Aisya. Antara komen-komen menarik adalah :
” Waa kejap je rasa, dulu tengok baby lagi. Sekarang comel g1ler.. Selamat hari lahir Aisya.. Semoga jadi Aisya terus membesar menjadi anak yang baik.. “
” Happy birthday Aisyah sekejapnya dah 5 tahun berlalu rasa macam baru jer Aisyah berendoi dalam buaian .. How times fly .. Semuga sentiasa dalam Rahmat Allah, amin.. “
” Masyaallah Tabarakallah.. Alhamdulillah segala puji bg Allah.. Syukur… Selamat Hari Ulang tahun Anakanda Aisyah Sayang.. Moga jadi anak yang solehah.. “
” Moga Allah Qabulkan segala Doa yg baik2 buat mu Anak… Moga membesar menjadi Anak Solehah Dunia Akhirat.. Aamin2 Ya Rabb ya Mujib.. “
” Happy birthday Aisyah cantik.. Moga membesar menjadi anak yang solehah Aisya.. Kejap betul dia dah besar, copy paste muka Datin betul.. Aamiin.. “
” Dah besar big girl dia.. Dah umur 5 tahun.. Sanah Helwah Aisya, semoga baik2 sahaja untuk Aisya.. Jadi anak yang solehah buat kedua ibu bapa kamu.. “
” Sanah Helwah dear cute girl Aisya.. Semakin besar semakin cantik lah dia.. Manis betul senyuman tu.. Alhamdulillah sihat2 ya Aisya.. “
Alahai comel sangat Aisya malu-malu ketika Tun Dr. Mahathir menyanyi lagu selamat hari lahir untuk Aisya, beruntung Aisya dapat jumpa dengan Tun. Apa-apa pun, di kesempatan ini kami dari Berita Kopak juga ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Aisya. Semoga Aisya terus membesar dengan sihat serta menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG umieaida9
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

