Artis / Selebriti
Video Dan Gambar Sekitar Majlis Resepsi Raysha Rizrose Dan Nabil Jefri
Alahai Cantiknya Raysha, Datoβ Alha Alfa Kata Raysha Request Look Macam Permaisuri Thailand Campur Melayu. Baju Dan Pelamin Pun Cantik, Memang Wow Sangat !!
Baru sahaja beberapa hari yang lalu, pelakon cantik yang juga merupakan adik kepada Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose, Raysha Rizrose sah bergelar isteri kepada Nabil Jeffri. Hanya dengan sekali lafaz, bermulalah fasa baru dalam kehidupan pasangan ini.
Meninjau beberapa buah akaun Instagram, telah dikongsikan video dan gambar majlis resepsi Raysha yang baru sahaja berlangsung sebentar tadi. Bertemakan persalinan songket sarat jemeki, ianya hasil karya pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini.
Raysha yang tampil jelita hasil solekan magic Datoβ Alha Alfa menaikkan lagi seri wajahnya. Memetik kata Datoβ Alha di Instagramnya berbunyi β ada request nak look2 permaisuri2 thai campur melayu.. here u go, onz tak ? thanks dada for having me β.

Rupa-rupanya Raysha inginkan kelainan untuk majlis resepsinya ini. Lihat sahaja hasilnya memang wow sangat. Baik dari majlis pertunangan, membawa ke majlis ijab qabul dan kini majlis resepsi, cantik sungguh busana yang digayakan oleh Raysha.
Jom tonton video di bawah :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
Sebagaimana impian Raysha, laksana permaisuri di singgahsana yang serba mewah dan indah. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran sanak saudara dan sahabat handai Raysha dan Nabil.

Pastinya ini antara majlis perkahwinan yang gah mewarnai tahun 2023. Semoga Raysha dan Nabil berbahagia selalu, saling berkasih sayang dan sentiasa aman damai bahtera perkahwinannya. Selamat pengantin baru Raysha.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Glam Malaysia, IG Inaijari, IG Absolutbazaar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days agoβ Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. β β Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours agoβ Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. β β Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days agoβ Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. β β Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days agoβ Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. β β Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days agoβ Part βmudah-mudahan anakku Bella yang disayangiβ, kita dah rasa sebak sangat.. β β Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours agoβ Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. β β Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day agoβ Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. β β Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours agoβ Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. β β Norreen Iman

