Artis / Selebriti
” Uwais ada perangai kalau duduk dengan dia ni, tak tahu kenapa.. ” – Shuib Sepahtu
Video Shuib Dan Bakal Isterinya, Watie Hanifiah Bercerita Tentang Perangai Anak Sulung Shuib, Uwais Al-Qarni Apabila Bersama Watie. Tak Sangka Uwais Macam Tu Sekali Sebab Tak Pernah Tengok Gambar Uwais Dengan Watie. Sayu Pulak !!
Menerusi akaun Instagram Mingguan Wanita, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temuramah antara pihak wartawan bersama bakal pengantin sensasi, Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah ketika sidang media walimatulurus mereka baru-baru ini.
Wartawan bertanyakan kepada Shuib panggilan anak-anaknya terhadap Watie. Buat masa sekarang, anak-anak memanggil Watie sebagai ‘ Aunty ‘, namun sesudah bernikah nanti, semua perlu memanggil Watie dengan gelaran baru iaitu ‘ mummy ‘ .
Watie mengatakan semua anak-anak sangat akrab dengannya termasuk lah si sulung, Uwais Alqarni. Mungkin kerana tidak pernah ada video dan gambar Watie bersama Uwais membuatkan ramai yang membuat tafsiran sendiri. Hakikat sebenarnya Uwais tersangat lah manja apabila bersama Watie.

Kata Shuib, Uwais ada satu perangai yang mana apabila Watie ada, Uwais akan memel0k dan memegang tangan Watie apabila bercakap. Uwais antara yang paling terkesan apabila ibunya kembali ke rahmatullah dan kini Uwais dapat merasai semula kasih sayang seorang ibu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih seribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Rindu belaian seorang ibu. Anak umur macam tu memang sangat-sangat perlukan ibu. Alhamdulillah.. ”
” Anak-anak rindu kasih sayang ibu.. Biar pun bukan orang yang sama tapi sekurang-kurangnya terubat rindu.. Semoga terus bahagia.. ”
” Alhamdulillah… anak-anak perlukan kasih syg ibu… semoga istiqamah jadi ibu yg terbaik utk anak2 siti sarah.. ”
” Semoga Allah permudahkan segala urusan walimatulurus dan bahagia sekeluarga serta sentiasa dlm lindungan dan rahmat Allah.. ”
” Anak-anak yang sangat merindukan pel0kan seorang ibu.. Alhamdulillah, insha Allah doa baik-baik untuk Watie dan shuib dan anak-anak.. ”
” Alhamdulillah, Uwais anak yang diuji Allah swt kehilangan Ibunya sewaktu umur yang sgt memerlukan ksih sayang dan dia berakal berbanding adik2nya.. ”
” Sebab tulah dia terlbih manja dan suka pegang2 cub1t2 manja dan pel0k lekap pada figura Ibu.. sbb dia rasa ‘keh1langan’ tu. Semoga sinar baru membuatkan keluarga ini bersama selamanya.. AminnAllahumma Aminn.. ”
” Alhamdulilah, mesti ada sisi baik watie yang buatkan anak2 shuib rapat. Dia berkepit sebab baru nk rasa balik kasih sayang seorang ibu.. ”

Allah sebaik-baik pengatur, mungkin Watie adalah yang terbaik yang dikirimkan untuk anak-anak Shuib agar dapat menumpang kasih. Memang tak akan sama seperti ibu kandung tetapi tentu Watie akan mencuba sedaya upayanya untuk membahagiakan anak-anak ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mingguan Wanita, IG Ratasya Siti Sarah, IG Shuib
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu bukan main lagi menyakat. Lagi panas si Hadie dengar madah Sallman tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Macam mana SS layan Ina dulu, itu hasil yang dapat dilihat pada Hadie.. ” – Komen Netizen


