Artis / Selebriti
” Ustaz dah ketawa macam Neelofa dah. Suka betul tengok couple ni.. ” – Komen Netizen
Video Neelofa dan Haris Ismail melayan komen netizen dalam sesi live buat ramai terhibur. Amboi, ada yang siap bagi love pada Haris. Part Cintan dengan Milo tu lawak. Jarang tengok Haris gelak berdekah macam ni. Dah berjangkit dengan Lofa, haha..
Meninjau ke akaun Tiktok Indigo Velvet, perkongsian sebuah video yang memaparkan Neelofa dan suaminya, Haris ismail ketika membuat sesi live telah meraih perhatian ramai. Menerusi video ini, Neelofa dan Haris sedang melayan komen-komen para peminat.
Pelbagai komen yang diberikan oleh netizen sehingga membuatkan pasangan selebriti ini berasa terhibur. Ada juga yang dengan selamba memberi komen love kepada Haris. Amboi, betul-betul berani beri love di hadapan Neelofa. Tapi Neelofa pun sangat sporting melayan peminat.
Nampak sangat serasi dan sesuai pasangan ini kerana kedua-duanya dilihat mudah terhibur. Jarang sekali kita melihat Haris gelak besar seperti di dalam video ini. Sekilas pandangan seperti gelak tawa Neelofa juga. Memang tak cover gelak langsung, hehe.

Perkongsian video ini telah menerima lebih satu ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik. Ramai yang mendoakan agar pasangan ini terus bahagia dan jodoh mereka berkekalan. Nampak sweet dan ceria sungguh Neelofa dan Haris.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@indigovelvet4 Adoi penat gelak dengan dedua malam ni 🤣🤣 #neelofa #neelofaharis #harisismail #nunha #fyp #fypシ゚ #foryoupagе
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Di ruangan komen, ramai yang gembira melihat kebahagiaan pasangan ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Semoga kekal bahagia sampai syurga Neelofa Haris.. Boleh nampak keserasiannya.. Happy gelak2 semoga kekal hingga Jannah.. “
” Ustaz dah ketawa macam Neelofah dah. suka btul tgok couple ni…diorg x sweet² pon..tp nmpk sweet sgt.. Ceria sungguh.. “
” Ustaz pon gelak kuat jugk. Love 2 org ni, mmg sepadan la depa ni, bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama handsome… “
” Nampak nau mmg lofa yg buat air pak ostad.. pengganti Milo, cintan.. Semoga Allah SWT melindungi rumahtangga Neelofa dan suami kekal bahagia hingga ke Jannah.. “
” Cintan ganti milo.. Masya Allah, comel Lofa & Haris, dua2 ceria & lawak.. dua2 comel…nk mcmni jgk bahagia itu milikmu.. “
” Sebab ni saya minat lofa dari dulu..walaupun dia tengah mmuncak ktika itu, businesswoman berjaya tp dia letak suami dia atas dri apa yg dia kecapi.. hopefully jodoh mereka smpai jannah.. Amen.. “
” MasyaAllah neelofa dn ustz haris Semoga rumahtannga kalian sentiasa dlm.rahmat Allah swt..tiljannah nunha. bahagia tgk lofa bahagia.. “
Pasangan ini nampak sangat sweet sekali dan jelas terpancar kebahagiaan mereka. Kami di Berita Kopak mendoakan agar jodoh Neelofa dan Haris berkekalan hingga ke jannah. Semoga sentiasa berbahagia selalu bersama anak-anak tersayang. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Indigo Velvet
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

