Artis / Selebriti
” Untung Marissa, walau apa terjadi, ada Mama dan Papa yang sentiasa membahagiakannya.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video sambutan hari lahir anak Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania buat ramai tersentuh. Terkejut Marissa masuk-masuk ada surprise. Bertuah Marissa, ada ibu dan bapa macam Norman dan Abby. Ramai yang sayang Marissa..
Anak kepada pelakon terkenal Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim baru-baru ini menyambut ulang tahun kelahirannya. Satu majlis istimewa yang berlangsung dengan penuh kemeriahan diadakan dalam suasana santai namun eksklusif, dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.
Norman Hakim dan Abby Abadi tidak melepaskan peluang untuk berkongsi momen manis tersebut di media sosial, disertakan dengan ucapan penuh kasih sayang buat anak perempuan mereka. Norman menzahirkan kasih dan sayangnya terhadap Marissa.
Sambutan ini bukan sekadar meraikan pertambahan usia, tetapi juga menjadi simbol kasih sayang dan ikatan kekeluargaan yang erat antara Norman, Abby dan anak-anak mereka. Walaupun sudah berpisah, kasih sayang terhadap anak-anak tetap utuh.

Perkongsian ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Pelbagai momen indah dirakamkan ketika sambutan hari lahir Marissa yang ke 20 tahun ini. Marissa sangat bertuah kerana mempunyai keluarga sebegini.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk menonton video seterusnya.. )
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Memey ni bagus betul, dia tau dia siapa and dia pandai bawak diri.. At the end, family support is the best.. Seronok tengok diorg. Slalu utamakan kluarga.. “
” Untung Marissa.. walau ape terjadi,ada mama papa yg sentiasa membahagiakannnyaa. Family support is the most important for healty mental .. “
” Sukanya keluarga mcmni. dh berpisah pun masih boleh duduk bersama demi anak. btw happy birthday to marissa..
” Melihat pun bahagia. Sungguh bahagia itu bukan perlu di cari namun perlu di cipta penuh kesyukuran. Marissa lg cantik dari Abby masa remaja.. “
” Contoh family yg baik semoga semuanya bahagia kekal hingga Jannah.. Muda lg masih jauh perjlnan boleh terbang tggi lg tpi tulah syg.. “
” Beruntungnya Marissa ada mama & papa yang sentiasa sayangkan Marissa dari kecil sampai besar. Mudanya, masih jauh perjalanan.. “
” Budak lagi marissa ni. Happy birthday Marissa. May your heart always be at ease. Bagus norman ni..good husband and loving father.. “
Dalam suasana yang penuh kegembiraan dan kehangatan, jelas terpancar kebahagiaan di wajah Marissa yang kini melangkah ke fasa baharu kehidupannya. Semoga ulangtahun kelahiran pada tahun ini menjadi titik permulaan kepada perjalanan yang lebih bermakna, diberkati dengan kebahagiaan, kejayaan, dan kasih sayang yang berterusan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Norman Hakim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
									
