Artis / Selebriti
” Uishh, mula ingat suara Ella. First time dengar kak Khiriah nyanyi.. ” – Komen Netizen
Video Noorkhiriah berduet bersama Lan Solo menyanyikan lagu Ella, Layar Impian raih pujian ramai. Wah 1st time dengan Khiriah menyanyi, tak sangka sedap macam ni. Suara tu kena sangat dengan lagu Ella ni, padu lah Khiriah..
Meninjau ke akaun Instagram Lan Solo, perkongsian sebuah video yang memaparkan Lan berduet bersama Noorkhiriah menyanyikan lagu Ella berjudul Layar Impian telah meraih perhatian ramai. Ini merupakan kali pertama kita mendengar Khiriah menyanyi.
Khiriah sememangnya terkenal sebagai seorang pelakon yang berbakat besar, namun siapa sangka Khiriah juga boleh menyanyi dengan baik. Ada yang menyatakan suara Khiriah serupa dengan suara penyanyi asal lagu tersebut iaitu Ella kerana suara Khiriah yang agak serak-serak basah.
Ternyata duet antara Lan dan Khiriah ini sangat menjadi kerana sangat sedap didengar. Suara merdu Khiriah benar-benar memukau sehingga ada yang tidak menyangka beliau sebenarnya mempunyai bakat terpendam dalam bidang nyanyian.

Perkongsian ini menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ada netizen yang berpendapat Khiriah mampu mengembangkan sayap dalam dunia nyanyian pula sekiranya serius memberikan tumpuan.
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata peminat meluahkan rasa kagum melihat sisi lain pelakon yang cukup sinonim dengan watak-watak komedi dan dramatik di kaca televisyen. Antara komen-komen yang diberikan :
” Perghhh… calon AJL ni kak khiriah17 next song plisss… Memang x peercaya.. serius laa… sedap tuuuu.. Perhhhh noorkhiriah firstime dngr dia nyanyi.. “
” Dia boleh mnyanyi sebenarnya sje Norkhiriah nie xnk tunjuk bakat yg dia ad kebolehan bernyanyi selain berlakon tu.. “
” Btl ke suara akk khiriah17 nie…sedappp sgt nie,1 lg lg kak .. Mantap laaa power suara kak nor.. Mcm ella suara dia.. “
” Suara serak basah kak noor + bawa lagu rock mmg cun berabis.. Ok ni telinga tak sakit bila dengar sedapp.. uishh sy mula ingat suara ella.. “
” Wahhhhh..mmg sempoi.. Akak Nak duet sama boleh.. Senja nan merahh.. teringat dalam cerita ‘pulau inspirasi’. rasa sayang hey rasa sayang² hey.. “
” Ni baru sedap .. tak sangka pulak .. sis norKhiriah bleh nyanyi.. anyway good approach.. tolong buat album lagu kak kiah.. “
” Akhirnya sarah bole menyanyi.. mak dh bagi sarah menyanyi ye.. dulu mak kata sarah xde bakat.. #new boyz pulau inspirasi.. “
Penampilan Khiriah untuk sebuah lagu sahja ini telah membuka mata ramai yang Khiriah bukan sahaja hebat di pentas lakonan, tetapi juga memiliki keistimewaan dalam bidang seni suara. Semoga Noorkhiriah terus berjaya dalam industri hiburan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Lansolo
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


