Artis / Selebriti
” Ucapan yang buat kita senyum sambil menangis. Touching, nampak keikhlasannya di situ.. ” – Komen Netizen
Video ucapan Ezwan Zain khas untuk Erra Fazira buat ramai tersentuh. Ayat yang cukup manis tetapi menyentuh hati ramai. Green flag sangat Mr E ni..
Sebagai penutup majlis untuk perkahwinan mereka, Erra Fazira dan Ezwan Zain meraikan bersama-sama sahabat-sahabat mereka dalam majlis resepsi terakhir malam ini. Banyak moment menarik yang dapat dilihat dalam majlis resepsi Erra dan Ezwan dan semuanya membuatkan warganet tersenyum sendiri melihatnya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan dan Hot FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan ucapan khas daripada Ezwan untuk Erra. Sejurus sahaja pasangan ini naik ke pelamin, Ezwan meminta keizinan daripada seluruh tetamu untuk memberikan sedikit ucapan.
Bait-bait kata yang Ezwan ungkapkan untuk Erra menyentuh hati ramai. Keikhlasan Ezwan menerima Erra seadanya dan mencuba sedaya upaya untuk merealisasikan sebuah majlis yang terindah untuk Erra berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah.

Kata-kata pujian diberikan oleh Ezwan untuk Erra dan katanya semua yang dia lakukan untuk majlis ini hanya untuk kebahagiaan Erra. Erra juga turut membalas ucapan suaminya itu dengan kata-kata pujian dan kata Erra, Ezwan terlalu banyak berkorban masa dan tenaga untuk majlis mereka.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Touching ucapan dia, nampak keikhlasannya di situ. Kita nangis dengar ucapan mr e sampai last. green flag betul lah mr e ni.. “
” Nampak sayang betul Mr E dekat Erra Fazira siap buat surprise lagu “Cinta Erra”.. no wonder kawan2 Mr E cakap untung Erra dapat Mr E.. “
” Kerat kaki bos dia punya sweet. Such a calm man. you both deserve each other.. adeh tersengih lagi tengok sweet couple ni.. “
” Sweetnya ucapan mr e untuk isteri tercinta.. bersemut sangat malam ni. tinggi betul kasih dan sayang mr e.. “
” Aku yang tersenyum sambil tergelak, so sweet. semoga jodoh erra dan ezwan berkekalan hingga ke jannah.. love sangat ucapan ni.. “
” Sedap suara mr.E cakap kan. .satu satu ayat yg keluar dari mulut dia.. Oh so sweet so cute couple.. mr and miss perfect.. “
” Ucapan yang buat kita senyum sambil menangis ni. sukanya dengar ayat mr e, tersusun tapi penuh bermakna untuk erra. cinta sejati Erra.. “
Ucapan yang penuh keikhlasan daripada seorang suami untuk isteri tersayang. Janji yang Ezwan ucapkan di hadapan semua tetamu untuk menjaga Erra dengan baik. Semoga Allah merahmati perkahwinan ini dan dijauhi daripada perkara-perkara yang tidak baik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan, IG Hot FM
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

