Connect with us

Artis / Selebriti

” Ucapan thanks ibu tu show he is respect his ex. Bagus Kamal, matang dan gentleman demi anak.. ” – Kamal Adli

Gambar-gambar terbaru Kamal Adli meluangkan masa bersama anaknya, Hawa Uqaira di indoor playground. Alahai, comelnya Hawra pakai baju raya. Part Kamal ucap terima kasih kat Uqasha Senrose buat warganet tersentuh.. 

Meninjau ke akaun Instagram Kamal Adli, perkongsian terbaru Kamal telah meraih perhatian ramai. Kamal telah berkongsi beberapa keping gambar bersama anak tunggalnya, Hawra Uqaira ketika mereka berdua keluar bersama-sama.

Kamal mengucapkan terima kasih kepada bekas isterinya, Uqasha Senrose kerana memberikan peluang kepadanya untuk meluangkan masa bersama anak mereka. Tambahan pula ini merupakan Syawal pertama Kamal selepas berpisah dengan Uqasha.

Perkongsian tersebut jelas memperlihatkan sisi kebapaan Kamal yang penuh kasih sayang. Menerusi setiap gambar, Hawra kelihatan begitu selesa dan ceria berada di samping ayahnya, sekali gus menyentuh hati para peminat yang melihat.

Ramai yang memuji keakraban mereka berdua, malah tidak kurang juga yang menyatakan Hawra semakin membesar dengan wajah yang sangat comel dan menenangkan. Tindakan Kamal dan Uqasha ini sangat matang terutama dalam memastikan anak tetap mendapat kasih sayang daripada kedua-dua ibu dan bapa walaupun sudah tidak bersama sebagai pasangan.

Jom ikuti perkongsian di bawah :

(Klik butang kanan > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira melihat hubungan baik antara Kamal dan bekas isterinya demi kebahagiaan anak :

” Berselisih dgn kamal & naura tadi, happy betul naura jln2 dgn ayah dia tadi. Alhamdulillah dpt beraya dgn Hawra…so kiut Hawra pakai baju kurung MashaAllah.. “

” Tolak ansur je klu ibu rasa nk me time bg je ayah jaga hihi janji sama sama jaga comey sgt hawra …slmt hari raya  hawra n kamal.. “

” Bagus sgt.. siap ckp terima kasih kat ibu nya.. selamat hari raya haura dr tokmi….. semoga membesar dgn sehat menjadi ank yg solehah….. sayang dr tokmi.. “

” Alhamdulillah mkin cntik la budak comel ni mashaAllah smoga yg baik2 sj untuk family hawra uqaira . benda paling best dapat spend time dgn anak kan.. “

” Alhamdullilah, tidak ada yg lebih manis spent time anak bersama bapa, Ucapan thanks ibu tu pon dh show he is respect his ex bgus kamal matang dan gentleman demi ank.. “

” So happy for you..dapat jugak bergambar dengan berbaju raya. Didoakan Kamal dapat selalu jumpa Hawra nampak tadi hawra dengan kamal … “

” MashaAllah alhamdulillah akhirnyaaa…kita happy sgt tgok Ayah & Hawra dpt jumpa lg .Slmt Hari raya Aidilfitri Hawra.. “

Momen indah yang dikongsikan ini bukan sahaja mencuri perhatian, malah memberi inspirasi kepada ramai tentang pentingnya hubungan kekeluargaan yang harmoni. Jelas, walaupun berdepan fasa baharu dalam kehidupan, Kamal tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah dengan penuh dedikasi, sementara Hawra pula membesar dalam suasana penuh kasih sayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Kamal Adli

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
🎬 Hiburan: HiburanPendidikan📰 Berita💻 Teknologi: Teknologi🏛️ Politik: Politik⚽ Olahraga: Olahraga💰 Ekonomi: Ekonomi🏥 Kesehatan: Kesehatan
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized