Artis / Selebriti
” Transformasi lain dari yang lain. Wow sangat, nampak real betul watak Aladdin dan Jasmine.. ” – Netizen
Video Asokaladin Makeup Trend Oleh Reen Rahim Bersama Agy Bertemakan Animasi Aladdin Dan Jasmine Buat Ramai Terpegun. Cantiknya Reen, Sesuai Sangat Makeup Macam Jasmine. Part Behind The Scene Tu Memang Gempak Lah !!
Asoka makeup trend kini menjadi viral di media sosial. Ramai kalangan selebrti tanah air membuat trend tersebut. Meninjau di akaun Instagram model bernama Agy telah dikongsikan membuat Asoka makeup trend bersama pelakon Reen Rahim.
Namun apa yang menarik. Asoka makeup trend oleh Agy dan Reen ini lain daripada yang lain. Mereka tidak mengikut tema Bollywood yang dilakukan ramai orang sebelum ini yang diilhamkan daripada filem Asoka yang dilakonkan oleh Kareena Kapoor bersama Shah Rukh Khan.
Agy dan Reen membuat Asokaladin yang bertemakan cerita animasi pasangan Aladdin dan Jasmine. Pada awal video, kelihatan lebih memberikan tumpuan kepada makeup watak Aladdin dan pada akhirnya, Reen muncul sebagai Jasmine.

Difahamkan video ini mengambil masa selama 8 jam untuk shooting dan tiga hari untuk editing. Selain itu, Reen juga turut memunatnaik video behind the scene dan perkongsian video-video ini telah menarik perhatian warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video tersebut dan pelbagai respon diberikan oleh warganet. Antara komwn-komen menarik adalah :
” Transformasi lain dari yang lain. Asoka ni wow sangat, nampak real betul watak Aladdin dan Jasmine.. Love sangat tengok.. “
” Terdetik muka agy macam Reen Rahim, kalau buat sekali mesti nampak kembar.. Eh tetiba jadi sungguh.. Huhuhu.. Fuuhh.. “
” Ramai cakap samaaa gilooooo tahu2 dengan aku2 dapat supriseeeeeee.. Asokaaaaaaaa challenge ni thorbaikkk arr.. “
” Seriuss arr nampak gempak teruk lah.. Watak ni macam ngam betul pula dengan Reen dan Agy.. Rasa macam betul2 duduk dalam dunia Aladdin.. “
” Jarang aku nk komen dekat Ig artis. Kali ni memang aku puji, video yang bagi aku gempak lah.. Power yer orang punya idea nk buat video ni.. “
” Perghhhh slay & so far terpaling cun, paling hot lit lit.. Reen memang cantik sangat betul2 macam watak Jasmine lah nyah.. “
” Wowwwww kagum betul tengok.. Agy dan Reen muka sama lah, haha perangai pun sama, hehee.. Tak sangka boleh join sekali buat video ni.. Dah macam kembar.. “
Memang sangat gempak cara pembikinan video Asokaladin, ianya lain daripada yang lain. Sangat sesuai Agy dan Reen membawakan watak Aladdin dan Jasmine. Dalam masa yang sama, ramai peminat mengatakan wajah Reen dan Agy agak mirip seperti mereka berdua adalah adik beradik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG agy.officiall, reenrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wow, Raudhah speaking bunyi slang British… ” – Komen Netizen

