Artis / Selebriti
” Tone suara paling maskulin dan macho. Love teruk dengan suara Cakra ni.. ” – Komen Netizen
Video Cakra Khan menyanyi lagu Nadeera, Bukan Lagi Kita raih pujian ramai. Wah versi lelaki paling best ni. Menusuk ke hati, ngam dengan suara Cakra yang husky tu. Tergamak lah Cakra..
Lagu Nadeera Zaini yang bakal dipertandingkan di pentas final Anugerah Juara Lagu 39, Bukan Lagi Kita antara lagu yang menjadi siulan ramai. Lagu ini juga digunakan sebagai OST drama hangat masa kini, Curang Tanpa Niat dan ini membuatkan warganet seakan dekat dengan lagu ini.
Selepas biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu ini, kini giliran penyanyi popular dan juga bekas gandingan duet DS Siti, Cakra Khan pula cuba menyanyi lagu Nadeera. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Nadeera, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Cakra sedang menyanyi.
Cakra sememangnya mempunyai tone dan vokal yang unik dan tersendiri. Nyanyian Cakra sedap didengar dan suara huskynya itu menyedapkan lagi lagu ini. Ramai yang cuba cover lagu Nadeera dan ternyata versi Cakra ini antara yang terbaik dalam versi lelaki.

Tidak mudah mengalunkan lagu Nadeera ini kerana ianya memerlukan suara yang boleh membawakan nada yang tinggi dengan baik. Andai digandingkan suara Cakra dan Nadeera, tentu lagi power dan gempak lagu yang mempopularkan Nadeera ini. Nyanyian santai tanpa muzik pun tetap mantap, terbaik lah Cakra.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@officialnadeera Sedapnya Ya Allah! 🥰🥰🥰 Thank you @Ckhan 🙏🏻😍 #fyp #bukanlagikita
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Part ‘dan kau’ tu memang menusuk ke hati.. power betul part ni.. tergamaknya bagi separuh-separuh je.. nk full.. “
” That emphasis. Kauuu. Kauuuuuuu. Kau yang sendiri. Its YOUUU. Eh sorry teremosi pulak.. bila cakna berlagu, auto nak nangis.. “
” Tergamak nya tak nyanyi full .. tergamak nya nyanyi pendek je.. nyanyi la smpai habis. sedap nya dengar suara cakra, versi lelaki paling best ni.. “
” MasyAllah, Cakra cover lagu ni. Dia bole gelak ujung tu.. seolah-olah macam dia nak cakap, “it’s so easy..” .. “
” Suara Chakra Khan memang Sudah on fire.. Tone suara paling maskulin dan macho.. male version yg sdaaaap teramat.. “
” Tergamak la Cakra ni, bestnya suara. Garau yang best. cakra tak pernah mengecewakan.. Dah macam lagu cakra pula.. “
” Tolong lah nyanyi full.. love teruk dengan suara Cakra ni.. sedap yakmat, suara serak dia mahalll dooo.. “
Suara serak-serak basah Cakra itu yang mahal. Tidak puas semua mendengar kerana pendek sangat videonya. Mungkin pada masa akan datang Cakra boleh menyanyikan penuh lagu ini untuk peminatnya. Apa-apa pun, semoga lagu ini akan mendapat tempat di AJL39 nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Nadeera
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

