Artis / Selebriti
” ‘Tomorrow I puasa after school’. Adoi Seth, Seth, so cute lah, haha.. ” – Komen Netizen
Video telatah anak Shila Amzah, Seth Uwais pertama kali belajar berpuasa raih perhatian ramai. Wah, hebatnya Ubai ajar Seth berpuasa. Part Seth cakap nak puasa selepas sekolah tu comel sangat..
Meninjau di akaun Instagram milik suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Muhammad Ubaidillah atau lebih dikenali sebagai Ubai, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Ubai merakam telatah anak tirinya, Seth Uwais yang sedang belajar berpuasa.
Menerusi video tersebut, pada awalnya Ubai dilihat mengejutkan Seth untuk bangun bersahur dan dalam masa yang sama, Ubai telah menyediakan dua keping roti yang disapu mentega sebagai hidangan sahur buat Seth. Bukan itu sahaja, Ubai juga sempat mengajar Seth cara untuk berniat puasa dengan betul.
Tindakan Ubai yang membimbing Seth dengan penuh sabar jelas memperlihatkan keprihatinannya sebagai seorang bapa. Sepanjang hari tersebut, Ubai juga dilihat memantau keadaan Seth bagi memastikan kanak-kanak itu berada dalam keadaan baik ketika berpuasa.

Ubai berkongsi cerita di ruangan kapsyen dengan memaklumkan bahawa video yang dimuatnaik itu merupakan hari pertama Seth berpuasa pada usia tujuh tahun. Tambah Ubai lagi, dia sempat berseloroh dengan berkongsi pengalamannya yang sudah mula berpuasa seawal usia lima tahun.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Tomorrow I puasa after school. Adoi Seth, Seth, so cute lah, haha.. Btw good job Seth.. Its ok belajar slow2 puasa ok.. “
” Betul ke papa puasa penuh 5 tahun. Ke kumur air time tghari, hahaha.. Untung seth dpt papa pandai masak roti sapu butter .. “
” Patut cakap kat Seth.. Kalau puasa penuh papa belikan myvi.. Baru dia semangat nak puasa kan, hahaha.. “
” Bila Allah kata dia akan bagi yg lagi baik lepas kita sedih…. Alhamdulillah Shila Hamzah dh dpt yg terbaik…. Syukur Seth d jaga dgn baik d layan baik d ajar yg baik2… Sebak pula tengok.. “
” You are GREAT Daddy.. Semoga Allah SWT merahmati, melindungi, merahmati, memberkati keluarga Ubai, Sheila dan anak2. Aamiin.. “
” Trbaik, Seth.. Syukur.. Alhamdulillah.. Brjaya brpuasa pd hr prtama..Tahniah, Seth.. Tahniah, Ubai.. Dpt mndidik Seth utk mula brpuasa.. “
” Terharu Ubai treat Seth… Good job anak.. Alhamdulillah solid la Sethyyyyy YOU GOOOO STRONG BOYYYY.. “
Gurauan tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang terhibur dengan keletah mereka. Selain itu, perkongsian tersebut juga membuatkan ramai warganet tersentuh melihat usaha Seth yang cuba menunaikan ibadah puasa buat pertama kali. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Seth kerana berjaya menunaikan ibadah puasa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ubaihani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

