Artis / Selebriti
” Tokti macam berlakon iklan gas pulak cara cakap nak gas tu, haha.. ” – Netizen
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza Menelefon Penjual Gas Ketika Live Buat Ramai Terhibur. Alahai Dah Macam Berlakon Iklan Lah Pulak. Comel Dengar Tokti Cakap, Siap Buat Gaya Tangan Lagi. Untung Lah Si Sulaiman, Hehe !!
Beberapa hari lalu, penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Seri Siti Nurhaliza ada berkongsi video live yang memaparkan dirinya sedang memasak di dapur rumahnya. Telatah dan gaya DS Siti yang low profile ketika berada di rumah menarik perhatian para peminatnya.
Bukan itu sahaja, bekas-bekas barangan bahan dapur yang ada di dapur DS Siti juga mencuri perhatian. Ada yang mengatakan meskipun DS Siti golongan yang kaya raya, namun dia selesa menggunakan bekas balang plastik sahaja seperti kita.

Klik gambar untuk info..
Meninjau di akaun Instagram Inaijari010 telah dikongsikan video pendek yang diambil menerusi video live DS Siti. Kelihatan DS Siti membuat satu panggilan telefon kepada seseorang bernama Sulaiman dan memberitahu gas sudah habis serta meminta menghantar gas ke rumahnya.

Telatah DS Siti ketika bercakap telefon mencuit hati warganet. Ada peminat mengatakan menonton video itu seperti menonton iklan membeli gas di kaca televisyen, Sehingga kini, video DS Siti menerima ribuan tanda suka sejak ia dimautnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan oleh warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Macam mak aku lah sambil cakap bye sambil touch end call, pastu aku nak cakap bye balik ehhh dah off, hahahhaha sebiji kot.. “
” Sulaiman kau tau tak kau tengah bercakal ngan penyanyi no 1 Malaysia tu, jangan tak hantar gas ekk. Kedai gas mane tak nak hantar kat umah tokti tu ekk.. “
” Kalo aku jadi Sulaiman, aku tanya macam2 biar borak lama skit hahaha.. Suaranya bercakap pun sedap je dengar tau, alahai.. “
” TokTi.. Saya pun call je kedai kalau gas saya habis… Hehhehe.. Best tengok live Tokti masak smlm, sempoi je gayanya ada di rumah.. “
” Huntung la Sulaiman tu, dapat hantar gas kt Siti Nurhaliza, hehee.. Hahahahaha smalam live Tokti semua nak jadi sulaiman tau, kelakar.. “
” Kedai sulaiman kt mana tokti.. BA tu kdai mamak je ada jual gas rasanye.. Hehe.. Macam dalam iklan siot haha hebat la Tokti ni.. “
” Kamu bisa hujan ka tidak, hahahaa.. Banyak untung Sulaiman. Hahhaaa aku tengok part ni smlm penat gelak, dah mcm iklan beli gas, hehe.. “
Wah untung lah Sulaiman boleh cakap telefon dengan penyanyi nombor satu negara. Bukan senang nak bercakap dalam telefon dengan DS Siti. Apa-apa pun menarik sungguh juadah yang disediakan oleh DS Siti untuk berbuka puasa. Semoga lebih banyak video live DS Siti selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG inaijari010
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen


