Artis / Selebriti
” Tok Ram ni tak sabar, Tok Jalal baru nak mukadimah.. ” – Netizen
Video Gelagat Dato’ Ramli MS Dan Dato’ Jalaluddin Hassan Dalam Program Masakan Buat Ramai Terhibur. Tok Ram Memang Dah Hebat Memasak, Tok Jalal Part Bahan-Bahan Pun Tak Tahu. Memang Kena Bahan Dengan Tok Ram. Lawak Dua Sahabat Ni, Haha !!
Menerusi akaun Tiktok BulanBintang Clothing, perkongsian sebuah video yang memaparkan dua orang selebriti iaitu Dato’ Jalaluddin Hassan dan Dato’ Ramli MS memasak telah membuatkan ramai terhibur. Jarang sekali kita melihat Dato’ Jalaluddin memasak.
Jika Tok Ram sememangnya sering berkongsi video masakannya di akaun media sosial. Jadi tidak menjadi satu masalah buat Tok Ram untuk menyediakan masakan. Menerusi video ini Tok Ram akan memasak sambal udang petai, manakala Tok Jalal pula memasak ketam masak lemak cili padi.
Ketika menunjukkan bahan-bahan yang digunakan untuk masakan pun sudah cukup menghiburkan. Tok Jalal tidak mengenali kesemua jenis bahan yang digunakan. Nasib baik ada Tok Ram yang serba tahu. Kalau ada Roy Azman habislah Tok Jalal kena usik.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 32 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Dapat dilihat Tok Jalal agak kekok untuk memasak tetapi Tok Ram memang nampak sangat profesional. Terbaiklah bapak-bapak ini.
Jom tonton video di bawah :
@bulanbintangclothing PART 1 | Terrrrpaling Chef #terrrrpalingchef #bulanbintanghq
♬ original sound – Bulan Bintang Clothing HQ – Bulan Bintang Clothing HQ
Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat dua selebriti ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Mula2 tok lal kata sambal udang petai tu favourite dia eh tibe tak makan petai pulak .. kau dengan bestfriend buat presentation.. “
” Tok jalal msak lemak cili api tu, asyik gaul2 ja mcm menumis.. bila dua dua last minute kena jadi presenter.. Lawa kain batik tu. Beli mana eh? “
” Tok ram really know how to cook.. Tokram pndi sbb bini dia mesti ada ajak dia memasak heheheh.. tokram mmg pndai, masak… menu jahat tok ram asam pedas.. “
” Diorang berdua pun dah cukup menghiburkan, kalau ada roy azman mengah nak gelak .. hahahah lawak lhha duo ning.. “
” Klu ada roy azman,mmg meletup trus msakan. tok ram ni x nyabor,tok lal br nk mukadimah intro, member mcm rasa lambat sgt dia ni nk ckp.. “
” Bawak roy azman dgn jat ali.. baru ada regu.. Apela yg bulan bintang ayat tokram sampai tokram nak main masak2 ni.. “
” Tok ram dh bnyak rosak lepas brgaul dgn dady2 sblum ni. hahahaha.. Hahaha kesian tok jalal tokram xpe dia dh biasa masak.. “
Walaupun hanya ada dua orang bapak-bapak sahaja untuk program ini tetapi tetap menghiburkan. Jika Roy Azman dan Jatt Ali turut serta mahu tidak kering gusi dibuatnya. Silap-silap program masakan menjadi program lawak pula, haha.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bulan Bintang Clothing
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman



