Artis / Selebriti
” Tiba tiba dah besar anak solehah ni. Comelnya dia dengan tudungnya tu.. ” – Komen Netizen
Video terbaru anak MK K-Clique, Aya Rayana curi perhatian peminat. Alahai comelnya Aya pakai tudung. Sebijik muka mommynya, Siti Hajaar. Anak solehah sangat ni..
Penyanyi rap terkenal, MK K-Clique bahagia dengan kehidupannya bersama isteri tersayang, Siti Hajaar dan anak perempuan mereka, Aya Rayana. MK buat kali pertamanya menayangkan wajah Aya kepada umum ketika menyanyi dalam satu showcase tahun lalu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Siti Hajaar, telah dikongsikan satu video terbaru Aya. Pada awal video ini, kelihatan Aya yang lengkap memakai sepersalinan serta tudung berwarna hitam memikul sebiji beg. Aya yang sudah pun berusia setahun 5 bulan ini kelihatan begitu comel sekali.
Ramai yang geram melihat penampilan Aya yang cute itu. Selepas itu, MK membetulkan beg Aya dan memegang erat tangan puteri kesayangannya ini untuk memasuki surau yang berdekatan bagi mengikuti program keagamaan yang selalu diadakan di surau itu.

Gelagat Aya mencuit hati warganet. Mungkin kerana botol air yang agak berat di tepi beg membuatkan Aya berdiri agak tidak stabil. Ramai memuji cara Hajaar dan MK mendidik anak mereka ini. Dari kecil sudah diajar untuk menutup aurat dengan sempurna.
Jom tonton video di bawah :
@hajaarsitii MashaAllah. Anak Solehah. Aamiin Aamiin YRA 🤲🏻🫶🏻🤍 1y5m 🤍
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 29 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Cepatnya dia besar Jaa.. Comelnya mini aja.. nak juga baby girl sebab dah ada 2 boy.. geram tengok aya, cute sangat sangat.. salute pada hajaar dan mk sebab ajar anak jaga aurat dari kecil lagi.. “
” Comelnya dia dengan tudungnya tu.. cepatnya baby dah besar… dah berapa tahun tu akak hajar.. smoga bby mewarisi keperibadi mama ye cyggg.. “
” Besar dah anak MK ni.. semoga dipermudahkan urusan MK dengan wife dia.. comel sangat Aya, mini Hajar sangat.. “
” Aikk rasa macam baru je lahir dah besar dah.. mashaallah comel.. smga mnbsar dgn sihat dn mnjdi ank yg solehah aya rayana aaaminnn.. “
” Tiba tiba dah besar anak solehah ni.. comel sangat.. eee gerammnya tgk dia… so cute.. mini mommynya.. mesti besar nanti aya pun secantik Hajaar.. “
” Wahhhhh bestnya ikut dady g tawfiq.. comel dooh ank solehah.. Mak bapaknya soleh solehah, anaknya juga. Aaminn.. “
” Masha Allah antiknyaaa anak aja, muka daddy perangai mummy hahaha.. sejuk hati tengok aya pakai tudung.. Berat botol air tu.. Princess jalan nak ke belakang dah .. Membesar menjadi anak yg solehah ya anak.. “
Siapa sahaja yang tidak geram melihat kecomelan Aya dengan tudungnya itu. Dari kecil sudah diasuh dengan didikan sebegini, bak kata pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Semoga Aya menjadi anak yang solehah selalu dan muslimah yang tinggi budi pekertinya apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Hajaarsitii
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

