Artis / Selebriti
” Throwback picture.. ” – Linda Jasmine
Linda Jasmine muatnaik gambar throwback bersama tiga orang cahaya matanya. Cantiknya Ratu dan Cloe. Dah lama tak tengok Qalif. Kecil-kecil dulu tengok kat Diari AF. Sekarang dah makin handsome lah..
Meninjau ke akaun Instagram Linda Jasmine, sekeping gambar throwback bersama tiga orang cahaya matanya telah dikongsikan. Baru beberapa jam gambar ini dimuatnaik, sudah menerima lebih tujuh ratus tanda suka daripada warganet.
Linda dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan dan seorang cahaya mata lelaki. Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar merupakan cahaya mata menerusi perkahwinannya bersama pelakon, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau Que Haidar.
Menerusi perkahwinan pertamanya, Linda mempunyai seorang nak lelaki bernama Qalif Khan. Ketiga-tiga cahaya mata Linda ini sudah meningkat remaja dan mewarisi kecantikan Linda. Bak kata pepatah ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Umum juga mengetahui bahawa Linda dan Que Haidar sudah pun berpisah pada 2 Julai 2024 yang lepas. Namun begitu hubungan mereka kekal baik dan bersepakat untuk terus memberikan sokongan antara satu sama lain demi anak-anak.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Sama ada Que atau pun Linda, mereka tidak menjelaskan secara terperinci punca perceraian mereka. Mereka mengambil pendirian untuk berdiam diri dan menghormati isu peribadi kedua-dua pihak. Tiada siapa menyangka perkahwinan mereka selama 15 tahun berakhir dengan penceraian.

Sikap mereka ini sangat dipuji kerana tetap berbaik dan tidak membesar-besarkan kisah penceraian mereka di media sosial. Kami di Berita Kopak mendoakan agar segala urusan Linda Jasmine dipermudahkan bersama anak-anak. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG linda jasmine
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

