Artis / Selebriti
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
Video moment Fattah Amin mendukung anaknya, Fatima Aisya menuju ke pelamin duduk bersama Amira Othman buat ramai tersentuh. Part sebelum sarung cincin tu, salute sangat kat Fattah..
Termeterai sudah ikatan janji antara Fattah Amin dan Amira Othman apabila pasangan ini selamat diijabkabulkan sebentar tadi. Hanya dengan sekali lafaz, Amira sah menjadi isteri Fattah dan bermula lah fasa baru dalam kehidupan mereka. Dari rakan sekerja kepada rakan serumah.
Menerusi perkongsian di beberapa akaun media sosial, telah dikongsikan kejadian yang terjadi ketika majlis batal air sembahyang Fattah dan Amira. Sejurus selepas Fattah selesai ijab kabul dan solat, anaknya yang turut hadir ke majlis ini iaitu Fatima Aisya kelihatan tidak mahu berenggang dengan Fattah.
Memandangkan Fattah perlu naik ke pentas untuk menyarungkan cincin ke jari Amira, Fatima didukung dan dibawa bersama. Ini juga atas permintaan Amira kerana melihat Fatima yang kelihatan seperti ingin menangis. Jarang terjadi namun itu lah yang menjadi special moment untuk majlis Fattah Amira ini.

Sebelum menyarungkan cincin ke jari Amira, Fattah bertanyakan kepada Fatima sama ada daddy boleh atau tidak melakukan hal itu. Fatima kelihatan menganggukkan kepalanya. Amira juga turut mengusap lembut belakang badan Fatima untuk menenangkan Fatima.
Ikuti perkongsian di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Insyallah amira wanita yg solehah boleh jd ibu tiri yg baik utk fatima nnt. Menyanyi sedap, Mengaji pun pandai. Semoga yg baik2 hadir dalam hidup fatah& amira nnt. amiin.. “
” Dah besar nnt fatima akan faham dia ada 2 ibu. Benda tk plan fatima ada time ni.dia nk bersama daddy dia.raikan momen bahagia bersama2.. “
” Yamma nak ikut daddy dia sekali. Lepas fatah solat terus Yamma peluk fattah sampai dekat meja keluarga lelaki. Yamma x nak duduk dekat meja tu.. Dia nk fattah.. Fattah Bawa Yamma naik atas pentas wak.. “
” Sapa2 tgk live tau laa mcm mana keadaan sebenar.. Fatima yg x mau kat sapa2… Nak daddy dia jaaa… Pas tu Amira yg suruh bawak naik atas pelamin.. Betapa mulianya hati seorang yg bernama Amira Othman.. “
” Sebak plk aku tgk ni.. xtau kenapa.. tp kalau kata la faz mmg happy dgn hidup dia skrg pun sure tgk ni akan menitis jgk air mata.. sbb ni libatkan anak sekali.. “
” Betoi2 sebak.. kenapa la nampak mak dia macam tengah tu.. Allah… moga fatima jadi anak yg solehah syg.. Sedihnyaa tapi insyaallah Fatimah strong. Jadi anak yg Solehah.. “
” The way Fattah tnya Fatima time nk sarung cincin tu, aku suka. Dia ambil kira perasaan anak dia dan bagus utk anak dia tgk realiti.. “
Pujian untuk Fattah dan juga Amira kerana bijak dalam menangani Fatima. Kedua-duanya saling membantu dan mencuba untuk menjaga hati anak kecil ini sehabis baik. Semoga kebahagiaan milik Fattah, Amira dan Fatima selalu. Selamat pengantin baru FattMira dan kekal hingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rotikaya, IG Hotfm, IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


