Artis / Selebriti
” The struggle is real, wait for the result.. ” – Komen Netizen
Isteri Fizo Omar, Fazeera Nazri kongsi video behind the scene ketika OOTD baju raya buat ramai yang terhibur. Fuhh, struggle betul Fizo dan anak-anak. Paling unexpected, siap ada blower, hehe..
Pastinya setiap kali tibanya Syawal, momen paling dinanti-nantikan adalah berkumpul bersama keluarga sambil merakam kenangan indah melalui foto raya. Tradisi ini bukan sahaja mengeratkan hubungan kekeluargaan, malah menjadi memori berharga yang akan dikenang sampai bila-bila.
Begitu juga dengan isteri kepada pelakon terkenal, Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri yang tidak ketinggalan berkongsi momen indah mereka sekeluarga. Menerusi akaun Instagram miliknya, Fazeera telah memuat naik beberapa keping gambar raya yang memaparkan kebahagiaan bersama insan tersayang. Perkongsian tersebut segera mendapat perhatian ramai yang turut teruja melihat kemesraan mereka.
Menerusi setiap gambar yang dikongsikan, jelas terpancar kegembiraan dan kehangatan suasana raya mereka. Busana yang sedondon serta senyuman manis seluruh ahli keluarga menambahkan lagi seri pada setiap potret yang diabadikan. Tidak hairanlah jika ramai warganet memuji keindahan momen yang dikongsikan itu.

Namun begitu, apa yang lebih mencuri perhatian adalah perkongsian video behind the scene OOTD raya Fazeera. Video tersebut memperlihatkan suasana sebenar di sebalik sesi bergambar yang penuh dengan gelagat spontan dan mencuit hati. Ia turut menunjukkan bahawa setiap gambar cantik yang terhasil datang dengan usaha dan kerjasama semua.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang memberikan emoji suka dan ada yang terhibur selepas menonton video ini. Antara komen tersebut adalah :
” Sape pegang blower tu.. Maryam ke.. Part paling best, blower. Comel la pulak tengok, haha unexpected ada blower siap.. “
Menerusi video itu, kelihatan Fizo bersama anak-anak turut membantu Fazeera sepanjang sesi bergambar berlangsung. Paling mencuit hati pastinya gelagat anak sulung Fizo, Wan Maryam yang bersungguh-sungguh memegang blower untuk memastikan gaya ibunya kelihatan sempurna. Keletahnya yang comel itu membuatkan yang melihat pasti akan tersenyum dan terhibur.

Perkongsian ini bukan sahaja memaparkan keindahan sambutan Hari Raya, tetapi juga menggambarkan betapa pentingnya sokongan dan kasih sayang dalam sebuah keluarga. Momen kecil seperti ini sebenarnya yang menjadi kenangan paling bermakna. Jelaslah, kebahagiaan sebenar bukan terletak pada kesempurnaan gambar, tetapi pada kebersamaan yang dirasai bersama insan tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ffezyranesry
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

