Artis / Selebriti
” The real dapat crush, habis lah patah hati budak-budak yang tengok video ni.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Youtuber Dan Pempengaruh Media Sosial Aqil Zulkiflee Dan Isterinya, Iliya Berkongsi Cerita Detik Perkenalan Mereka. Alahai Sweetnya, Tak Sangka Macam Tu Mereka Berkenalan. Yang Single Boleh Try Cara Ni, Mana Tahu Bertemu Jodoh !!
Pempengaruh media sosial dan Youtuber, Aqil Zulkiflee telah pun melangsungkan pernikahannya bersama gadis pilihan hati bernama Iliya. Aqil dan Iliya mengikat tali pertunangan sekitar pada bulan April yang lalu dan 19 Julai menjadi tarikh bersejarah mereka disatukan sebagai suami isteri yang sah.
Meninjau akaun Tiktok Faridism Production, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Aqil dan Iliya menjawab beberapa soalan berkaitan kisah percintaan mereka. Apabila diajukan soalan mengenai tempoh percintaan, rupanya pasangan ini baru belajar bercinta selepas kahwin.
Aqil dan Iliya mula akrab setelah Iliya memulakan langkah dengan menghantar DM kepada Aqil. Pada awalnya tiada respon daripada Aqil dan Iliya meminta adiknya bertemu Aqil dan menyuruh Aqil menjawab DM nya itu. Iliya sememangnya peminat tegar Aqil dan mengikuti semua video Youtube Aqil.

Dari hanya sebagai crush, kini menjadi suami, menarik juga kisah Aqil dan Iliya ini. Yang mana single dan ada crush, boleh lah cuba DM crush masing-masing selepas ini. Mana tahu bernasib baik seperti Iliya, bahagia hidup dapat bersama orang tercinta.
Jom tonton video di bawah :
@faridismproduction Replying to @bunga ☆ dari fans to lover guysss! Korang dah boleh start dm crush korang okayyy!! 🤣🤣 #fyp #malaywedding #aqilzulkiflee #aqiliya @aqilzulkiflee
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 140 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Antara wanita bertuah dapat kawin dengan crush.. Habis lah patah hati budak-budak yang tengok video ni.. ”
” Alah comelnya dorang berdua ni.. mesti best bercinta lepas kahwin.. lepas nie iliya tak tengok video roblok Aqil dah sebelum tidur tapi tengok muka aqil terus.. ”
” From fans to wife.. bestnya dapat kawen dengan crush.. Cute je wife dia.. bagus Aqil cepat halalkan.. Nak kahwin dengan fans lah macam ni.. ”
” Aqil Aqil awak memang ada kelebihan yg Allah bagi. bayangkan anak saya nk jumpa awak tau. sanggup turun Melaka tau . dah lah tu beratur panjang. mujur dpt bergmbar. ha senyum lebar ler dia dpt bergmbr.. ”
” Apa yang comel sangat ni.. bersemut tau.. Tepi korang semua, aku nak lipat bumi ni.. Untung nya weh, dapat kawin dengan crush hmm tak beria sorang ii bestnya.. ”
” Lah aku pulak senyum-senyum.. The real dapat crush.. Mak aku kata dia bercinta dengan cara yang betul.. cara Islam bercinta lepas kahwin.. bertunang pun sekejap je.. ”
” Malu malu pulak Aqil hahha.. comel dua-dua ni.. haa nak kahwin jugakkk.. menangis adik aku aqil, haha.. bestnya dapat kawen dengan crush.. ”
” Kena assalammualaikum dekat dm crush banyak-banyak.. lepastu suruh adik aku bagitau crush aku untuk reply dm aku.. ”
Bak kata pepatah, kalau sudah jodoh tak ke mana. Siapa sangka hanya kerana dari pesanan ‘ Assalamualaikum’ itu membawa mereka ke jinjang pelamin. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga ikatan yang telah pun terjalin ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Faridism Production
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti3 days ago Artis / Selebriti3 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															
