Artis / Selebriti
” Thanks Uqasha bagi saya peluang spend time dengan Hawra.. ” – Kamal Adli
Video Kamal Adli berkongsi cerita dapat berjumpa dengan anaknya, Hawra Uqaira setelah 2 minggu tidak bertemu buat warganet tersentuh. Sebak dengar Kamal cakap terima kasih pada Uqasha..
Kamal Adli dan Uqasha Senrose telah pun disahkan bercerai talak satu baru-baru ini. Ianya satu tamparan yang hebat untuk Kamal, namun semua itu tidak menjadi penghalang untuk Kamal meneruskan amanah yang diberikan sebagai pelakon dan duta produk.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram F8buzz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual terbaru Kamal bersama pihak wartawan. Kamal ditemui ketika majlis pertunjukan fesyen eksklusif Jakel 2026 berlangsung beberapa jam yang lalu.
Ujar Kamal, dia merasa gembira kerana akhirnya dapat bertemu dengan Hawra. Beberapa jam bersama Hawra dirasakan cukup bermakna untuk Kamal, apatah lagi pertemuan itu dengan sokongan dan keizinan daripada bekas isterinya. Kamal turut bercerita reaksi Hawra ketika mereka bertemu.

Tegas Kamal, dia memang sedang sibuk dengan shooting dan esok akan ke Lumut untuk meneruskan penggambaran. Namun Kamal mencuba sehabis baik untuk meluangkan masa bersama Hawra setiap kali dia mempunyai masa terluang walaupun cuma beberapa jam.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 400 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Nampak Kamal happy….. kena move on…. terbaik Kamal…. byk luang masa dgn anak… bila free.. “
” Jernih je muka kamal. Alhamdulillah Allah bagi kamal happy dan jumpa anak. Semoga Allah permudahkanlah lagi urusan kamal adli dan hawra. Aamin.. “
” Tumpang gembira tgk Kamal hpy, ada senyuman di wajahnya. Moga sentiasa jd ayah yg baik.. Cinta pertama anak perempuan adalah AYAH dia.. “
” Anak kan ..sapa tak sayang kan anak …klu berpisah pun…jgn tak bg bekas pasangan jumpa anak ..kesian kat depa.. “
” Asal nampak muka Kamal ni sebak, dan ye ceritanya pon sebak .. Kena kuat kamal.. lumrah bercerai.. kita yg kena kuat.. anak anak masih confuse n tak tahu apa apa. kuat tau.. luas rezeki utk kamal dan awra depan sana.. “
” Alhamdulillh ..Anak penyejuk hati.. sekian lama akhirnya nampak wajah kamal tersenyum gembira macam ni.. semoga Allah permudahkan selalu urusan kamal.. “
” Syukur alhamdulillah, muka kamal happy.. muka banyak senyum.. ini lah yang terbaik.. aura terkejut lah tu, betul ke daddy i ni sebab dah handsome extra.. “
Alhamdulillah ada cahaya kebahagiaan pada wajah Kamal apabila dapat bertemu dengan puteri tersayang. Walaupun cuma beberapa jam namun pasti ianya cukup untuk mengubati kerinduan Kamal terhadap Hawra. Semoga Kamal dan Uqasha dapat menjadi co-parenting partner yang terbaik untuk Hawra.

Silakan SHARE..
Sumber : IG F8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

