Artis / Selebriti
” Thanks Fattah Amin pakai shirt ni today. Sah Fattah Amin, haha.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Fattah Amin call Amira Othman untuk mengajak live bersama bagi produk Rissa buat peminat teruja. Eh baju dan topi yang Fattah pakai tu macam pernah tengok lah. Betul lah Fattah, hehe..
Nama Fattah Amin dan Amira Othman hangat diperkatakan sebelum music video terbaru Amira berjudul Bila Nak Kahwin dilancarkan. Sekali pun ianya hanyalah gimik semata-mata dan Amira mengakui menumpang populariti Fattah, namun wargamaya seakan merestui hubungan mereka itu.
Tidak hanya dalam MV, Fattah dan Amira baru-baru ini live bersama untuk produk Pak Mat Western. Gara-gara live itu, ramai yang meminta untuk Fattah live lagi bersama Amira. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Fattah Amin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fattah cuba mengajak Amira untuk live sekali lagi.
Menerusi video ini, Fattah membuat panggilan telefon dan menerangkan kepada Amira live itu untuk produk di bawah Rissa. Tambah Fattah lagi, live pada malam itu juga akan berlangsungnya give away berupa sebuah motosikal yang diimport dari Jepun untuk pembeli bertuah.

Apa yang menarik perhatian warganet bukan hanya perbualan mereka tetapi penampilan Fattah. Berbaju kotak hitam putih dan bertopi, ianya seakan sama dengan penampilan lelaki misteri dalam video tahun baru Amira baru-baru ini. Setelah warganet meneliti, memang sah ianya Fattah, baju dan topi yang sama.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kami onz je fattah… harap mira dapat live juga.. Save the Date.. 30/1/2025 9 malam . Fattah × Amira mendoniaa.. “
” Ok dah comfirm baju dengan topi sama. Haha.. eceh ceh.. tapi call pon duduk port sama… kiki.. “
” Bang baju dengan topi sama macam lelaki yang berdiri depan surau dekat ig Amira Othman.. Fattah spill diri dia sendiri hehe.. “
” Shirt and cap dalam video tiktok amiraaothman thanks Fattah Amin pakai shirt ni today haha.. sah Fattah Amin.. “
” Dah save date 30/1/2025 9mlm.. Tak sabar nak tggu LIVE fattahaminz amiraaothman untuk kali ke-2.. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan buat kedua2nya.. Aamiin.. “
” Aku macam perasan baju dengan topi ni dalam video Amira haritu.. teka teki seterusnya dorg kat mana ms tu.. “
” Dia palau Fattah Amin ye. Jual mahal ni haha.. Mira nmpk matang walaupun masih muda.. sweetnya.. Always support Fattah Amin with or without co host coz your talent for live TikTok sentiasa dinantikan.. “
Penampilan Fattah dalam video Amira sebelum ini :

Ramai yang tidak sabar untuk melihat live kali ke 2 Fattah dan Amira. Walaupun mereka hanya bekerja bersama, ramai yang mendoakan agar yang baik-baik untuk Fattah dan Amira. Sama-sama kita nantikan live mereka berdua untuk produk Rissa 30 Januari nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti11 hours ago Artis / Selebriti11 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti3 days ago Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
