Artis / Selebriti
” Thalita nak ucapkan jutaan terima kasih.. ” – Thalita
Video ucapan anak Shuib Sepahtu, Thalita untuk semua yang menonton persembahannya di Bukit Bintang raih perhatian ramai. Siap ada pesanan khas lagi untuk semua..
30 juta tontonan dan 8 juta likes telah pun direkodkan untuk live di Tiktok Era semalam. Aura Thalita benar-benar dirasai apabila 5000 orang memenuhi ruangan Bukit Bintang untuk menonton nyanyian live Thalita. Ada moment gembira dan meruntun hati, namun keseluruhannya penonton sangat teruja dengan bakat Thalita.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Thalita memberikan ucapannya untuk semua. Kata Thalita, baik yang menonton di Bukit Bintang atau live di Tiktok, ucapan jutaan terima kasih Thalita berikan.
Sokongan semua sangat bermakna untuk Thalita. Ianya satu kejayaan yang besar untuk Thalita. apatah lagi ini adalah show pertamanya di khalayak ramai. Thalita berjanji akan membuat yang lebih baik pada masa akan datang asalkan semua setia menyokong Thalita.

Thalita juga tidak lupa mengucapkan terima kasih untuk semua yang memberinya hadiah. Seronok melihat wajah Thalita kerana impiannya untuk menyanyi seperti ibu tercapai. Ini baru permulaan dan pastinya selepas ini langkah Thalita akan lebih laju ke depan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sanggup berhenti tepi sebab nak fokus tgk live thalita nyanyi . Goodjob thalita . Semoga terus bersinar.. persembahan thalita memang marvelous.. “
” Tahniah Thalita.. Proud of U. Aunty akan terus sokong dan mendoakan. Fly high Thalita.. thalita akan jadi bintang bersinar segah ibu nanti.. “
” TQ Thalita, awesome.. Sampai dah hafal lagu kekasih bayangan tu. Do ur best.. Fan dari Labuan tau ni.. “
” Tahniah Thalita. You are really amazing. You did so well Thalita.. Alhamdulillah. Proud of you adk dekta , mesti ibu dekat sana bangga.. “
” Ibu n mommy confirm so proud of u .. Daddy confirm la ur 1st top fan Thalita.. Tahniah sayang.. Tapi pelajaran kena always no shatuuu. Gud job thalita.. “
” Tahniah thalita awak buat 1 mlysia banjir dgn air mata mlm td.. Will always support you Thalita..pewaris & penyambung legasi arwah ibu.. “
” We love you Dekta.. aura ibu ada kat Dekta.. pandainyaa dia… u ada daddy atok dan fmly yang support u setiap saat pasti berjaya.. “
Jangan risau Thalita kerana Thalita sudah ada peminatnya tersendiri sekarang. Ramai yang akan menyokong Thalita dan mahukan Thalita berjaya seperti arwah ibu. Jangan berhenti berusaha untuk terus memantapkan vokal Thalita dan tanamkan dalam jiwa Thalita, Thalita mampu menjadi sehebat ibu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu, Tiktok Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

