Artis / Selebriti
” Teruk betul Zaki bunyi kahaknya tu. Awie dari planet lain dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
Video Zaki Yamani meminta Ahmad Merrah mengajarnya cara meniru suara Dato’ Awie buat ramai terhibur. Adui Zaki, lain macam betul bunyinya tu. Berdekah ketawa tengok live Zaki dan Merrah ni..
Keakraban antara Zaki Yamani dan Ahmad Merrah meraih perhatian warganet. Setiap kali 2 sahabat ini membuat live bersama, pasti berdekah ketawa mereka berdua dengan gelagat masing-masing. Misi meniru Dato’ Awie dan Dato’ Jamal Abdillah masih belum lagi berakhir.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Notmalini, telah dikongsikan satu video yang memaparkan live Zaki dan Merrah. Kali ini, Zaki meminta Merrah untuk mengajarnya cara bercakap seperti Dato’ Awie. Ianya kedengaran mudah jika Merrah yang bercakap tetapi tidak untuk Zaki.
Beberapa kali juga Merrah mengajar Zaki langkah-langkah untuk mendapatkan bunyi percakapan Dato’ Awie, namun semakin diajar semakin pelik bunyi yang keluar. Kata Merrah, Zaki perlu menggaraukan suaranya dan relax ketika bercakap, baru lah mendapat rentak suara Awie.

Zaki mencuba sebaik yang boleh mengikut langkah yang Merrah ajarkan tetapi tetap tidak berjaya. Bunyi suara Zaki kedengaran agak pelik dan membuatkan warganet terhibur mendengarnya. Baik Zaki mahu pun Merrah, kedua-duanya kelakar dan lucu orangnya.
Jom tonton video di bawah :
@notmalini Merrah ajar Zaki cara nak buat suara Awie 🤣🤣 Zaki & suara kahak dia tu mcm bunyi hantu 🤣🤣🤣 (25.01.2026)
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Korang kene buat 2 dialog filem azura dengan sembilu lepas ni.. dia berdua ni kwn baik.. bunyi kahak aku dengornya haha.. “
” Ko pop zaki, mna sama anak awie rockers.. suara awie Dan suara Jamal ada unik nya masing masing.. “
” Aku lah dua orang ni haha.. aku takleh lah terbahak ketawa.. teruk betul zaki bunyi kahaknya tu haha.. awie dari planet lain dah tu haha.. “
” Astaga Zaki haha.. penat gelak tengok punya semangat Zaki nak try buat suara awie tu. pelik betul bunyinya haha.. “
” Sikit lagi nak jadi venom tu Zaki haha.. dah macam bunyi nak melepaskan saka je hahah. penat gelak kalau budak berdua ni live sekali.. “
” Jangan sampai mak jamal memasaki haha.. merrah je boleh pkai suara awie… bagi advice kt org lain mmg tk dpt haha.. Zaki wehh.. udah roper bunyi Darth Vader.. “
” Zaki suara k pop, suara Merrah rocker.. dah macam ekzos tu zaki haha.. Memang x samalah ko anak awie… aku anak Jamal.. “
Ada-ada sahaja kelakar yang dibuat oleh Zaki dan Merrah ini. Tidak mungkin sama suara Zaki meniru suara Dato’ Awie kerana tonenya memang berbeza. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar gurauan Merrah dan Zaki semata-mata. Semoga pembaca juga turut terhibur dengan perkongsian ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Notmalini
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

