Artis / Selebriti
” Teruja betul budak-budak semua dapat tengok Amir Masdi nyanyi live.. ” – Komen Netizen
Video Amir Masdi membuat kejutan datang ke sebuah sekolah raih perhatian ramai. Wah masuk-masuk je dewan terkejut semua murid-murid. Terus menyanyi lagu Nurcinta, lagu OST drama Andai Tiada Dia. Dah macam buat konsert, gempak lah..
Meninjau di akaun Instagram milik radio Hot FM, telah dikongsikan video yang memaparkan penyanyi Amir Masdi membuat kejutan datang ke sebuah sekolah. Menerusi video itu, kelihatan Amir yang baru tiba disambut mesra oleh guru-guru di sekolah tersebut.
Selepas itu, Amir diberikan mikrofon dan terus masuk ke dewan sekolah yang dipenuhi dengan murid-murid sekolah itu. Kedengaran Amir menyanyikan lagunya yang sedang popular sekarang iaitu Nurcinta, lagu OST drama Andai Tiada Dia.
Bukan itu sahaja, Amir juga berkesempatan perform dengan band sekolah. Dalam masa yang sama, murid-murid serta para guru turut menyanyi beramai-ramai bersama mir. Perkongsian video Amir datang membuat kejutan ke sekolah tersebut telah menarik perhatian warganet.

Ramai yang mengatakan bertapa beruntungnya murid-murid sekolah itu kerana dapat melihat Amir menyanyi secara live di hadapan mereka seperti sedang menonton konsert. Sehingga kini, video nyanyian Amir ini telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh mereka. Antara komen-komen menarik adalah :
” Teruja betul budak-budak semua dapat tengok Amir Masdi nyanyi live.. Untung budak-budak sekolah sekarang, penyanyi datang sekolah, hehehe.. Dah macam konsert tau.. “
” Ttg adik2 zaman skrg, cikgu panggil artis dtg sekolah.. Akk dlu.. Cikgu panggil penceramah dtg sekolah.. Duduk lantai dgr ceramah.. Sis jealous.. “
” Mmg untung la budak sekolah zaman skrg. Panggil artis dtg sekolah siap nyanyi2. Zaman dlu kalau tak panggil pakar motivasi atau pakar vaccine cucuk situ check gigi, hahaha.. “
” Fuhh power budak sekolah sekarang.. Amir masdi tetamu jemputan dia.. Paling untung adik yang dapat duet dengan Amir tu, hahhaa.. “
” Kuat tul pengaruh citer falah ni.. Ini sekolah yg Cikgu Suri mengajar ke, hehe.. Aku tak boleh lagi move on cerita ATD tau.. “
” Adik2 ni smua termasuk cikgu confirm layan drama andai tiada dia. Tu yg smpai hafal lagu ni, haha.. Nampak cikgu tu semangat betul nyanyi.. “
” Ni bukan murid je teruja, cikgu2 pun nampak teruja betul ni, hahahahaha.. Untung lah korang adik2 uiii.. Amir Masdi yang datang.. “
Boleh tahan suara adik band yang berduet bersama Amir tu, sedap suara dia. Kalau dilihat, bukan murid-murid sahaja teruja, cikgu-cikgu pun teruja tengok Amir menyanyi live di sekolah. Bak kata warganet, untung murid-murid sekolah tersebut, kerana cikgu menjemput penyanyi datang menyanyi di sekolah untuk menghiburkan mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG hotfm976
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

