Artis / Selebriti
” Terpusing-pusing kepala ni Nyanma. Dengan gambar sekeratnya, goyang Inul lagi kameranya, haha.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Gelagat Anak Fattah Amin, Nur Fatima Aisya Yang Sibuk Merakam Aksi Model Sedang Catwalk Mencuit Hati Warganet. Amboi Bukan Main Lagi Gaya Rakam Tu. Daddy Nak Pegang Handphone Pun Tak Bagi. Hasil Rakaman Tu Pun Lawak !!
Fazura telah pun mengadakan pelancaran Fazbulous Raya 2024 di Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA. Majlis ini berjalan dengan lancar dan dihadiri oleh ahli keluarga Fazura, rakan artis dan wakil-wakil jualan Fazura.
Selain koleksi tudung yang dipersembahkan, pandangan mata banyak terarah kepada anak Fazura, Nur Fatima Aisya yang turut menjayakan program ini. Menemani Fazura dan Fattah berjalan di atas pentas, keberanian dan kelincahan Fatima menarik perhatian ramai.
Meninjau akaun Instagram Bamtahdolly dan Tiktok Fazura Official, telah dikongsikan telatah Fatima ketika melihat model-model sedang catwalk di atas pentas. Dengan menggunakan handphone Fattah di tangan, Fatima begitu asyik merakam suasana ketika itu.

Tangannya bergerak ke kiri dan kanan mengikut langkah model. Hasil rakaman Fatima yang dikongsikan oleh Fattah selepas itu membuatkan warganet terhibur. Ada kalanya model cuma nampak sekerat sahaja badan, terpusing-pusing videonya.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@fazura.official dah besar nyama boleh tolong mommy daddy ambil video 😘😘 #fazura #fattahamin #fattzura #tudungfazura
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Rata-ratanya terhibur melihat telatah Fatima dan antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bapak risau tertekan-tekan ape keluar yang pelik naya bapak nak jawab dengan fazura haha.. ”
” Nasib bapak nyer tekan button record kalau tak sia-sia je haha. amboiii btol2 busy.. daddy senyum jek.. ”
” Fatima nk rekod apa tu.. dah pandai fatima ni.. daddy pun naik ghisau kut terfokus satu lady Acer Naya nak jwb dgn mummy haha.. ”
” Mak aii bukan main lagi, daddy pun tak boleh kacau eh nyanma rakam. masalahnya rakam sekerat badan tu Nyanma haha.. ”
” Amboi3.. Diva Fatima ni.. sibuk ye.. merekod apa tu.. advanced dah Nyanma, anak zaman IT.. ”
” Amboiii pandai dah ambik video.. clever and intelligent tau Nyanma ni. Muka tu jangan serious sangat nyanma haha.. ”
” Alah alah dia pun nak record kan jugak haha. terpusing-pusing kepala ni nyanma. Dengan gambar sekerat nya, goyang inul lagi kameranya haha.. ”
Semakin besar semakin bijak Fatima ini. Tengok video Fatima rakam ni sampai ke akhir memang terteleng kepala, hehe. Apa-apa pun, semoga Fatima terus menjadi kebanggaan daddy dan mummy serta membesar menjadi seorang anak yang bijak.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Fazura.Official, IG Bamtahdolly
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti3 days ago Artis / Selebriti3 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 



 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
