Artis / Selebriti
” Terpaling kreatif, lagu legend Alleycats dikeroncongkan boleh semerdu ni.. ” – Komen Netizen
Video Naqiu dan Joey menyanyi lagu Alleycats versi keroncong di pentas Famili Duo raih pujian ramai. Wah kreatif sungguh, terus lupa ini lagu Alleycats. Lenggok tradisional Naqiu dan Joey tu yang mahal, hebat lah..
Famili Duo 2024 memasuki minggu kedua dan pada minggu ini, semua peserta diberikan tugasan untuk menyanyikan lagu dalam genre irama Malaysia. Pelbagai gaya persembahan dapat dilihat pada Famili Duo semalam dan semua peserta memberikan persembahan terbaik.
Meninjau entry di akaun Instagram TV3 Malaysia, telah dikongsikan video yang memaparkan persembahan salah seorang peserta Famili Duo iaitu Naqiu dan Joey. Pasangan duo ini memilih lagu dendangan asal kumpulan Alleycats berjudul Hingga Akhir Nanti.
Naqiu dan Joey membawa kelainan dengan menukarkan rentak lagu ini menjadi rentak keroncong. Bukan semua orang dapat membawakan rentak keroncong kerana ia memerlukan lenggok yang lembut dan mendayu-dayu. Persembahan Naqiu dan Joey memang hebat dan disertai dengan props yang bersesuaian.

Dari awal sehingga ke akhir nyanyian, kedua-duanya cukup bertenaga dan menghiburkan semua dengan gelagat mereka di atas pentas. Idea Naqiu dan Joey memang terbaik dan duo ini mendapat pujian daripada juri kerana mereka kreatif dalam berkarya. Seronok pula mendengar lagu Alleycats versi keroncong.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Qasidah Naqiu dgn Joey best giler.. keroncong dan emosi pun sampai malam ni.. Lenggok tradisional naqiu tu mahal.. natural jer.. sedap betul dgn abg joey skali mantap.. “
” Persembahan Joey & Naqiu sgt creative, mcm2 props bawak atas pentas.. lagu keroncong bukan senang nak bawak.. “
” Terpaling kreatif.. diaorang boleh ubah lagu ni jadi keroncong tu yang sangat-sangat kreatif bagi aku.. “
” Ni lah yg d namakan KREATIF.. Lagu biasa d tukaq jd keroncong / irama malaysia tanpa hilang kemerduan lagu.. kreatif kot.. bkn lagu sedia ada yg mmg genre asal.. genre lain kot.. Tahniah thisisnaqiu & abg joey_daud .. hampa 2 mmg terpaling padu.. “
” MasyaAllah sedapnya lenggok suara naqiu nyanyi rentak keroncong ni, joey pon not bad.. lagu legend Alleycats di keroncongkan siapa sangka bole jadi semerdu ni.. good job duo thisisnaqiu & joey_daud.. both of u tetap juara di hati.. “
” Lain dari yang lain. Kreatif tu mahal.. Keroncong padu.. Tahniah thisisnaqiu dan joey.. Wehhh harmoni dy power.. “
” Wow kreatif, part keroncong tu memang best.. suka dengar.. terus lupa ni lagu Alleycat.. merdunya lenggok suara bawa irama macamni , terbuai-buai rasa.. “
Sedap juga didengar apabila lagu Alleycats dikeroncongkan. Yang penting lenggok keroncong Naqiu dan Joey memang menjadi. Walaupun tidak berjaya untuk berada di tangga teratas, tidak mengapa kerana duo ini menang di hati ramai peminat mereka. Teruskan usaha Naqiu dan Joey untuk minggu akan datang, okey.

Silakan SHARE..
Sumber : IG TV3 Malaysia, Tiktok Cikgu Q
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

