Artis / Selebriti
” Terkejut happy kejap, macam orang nak bertunang je.. ” – Netizen
Perkongsian Gambar Terbaru Noornabila Buat Ramai Teruja. Fuh Cantik Betul Nabila Pakai Macam Ni. Dah Macam Ala-Ala Bakal Pengantin Pula. Ada Apa-Apa Ke Tu Mommy Jebat !!
Nama kakak kepada usahawan dan selebriti popular Neelofa iaitu Noornabila memang popular dan dikenali ramai. Mommy kepada Jebat Jayden dan mantan isteri kepada Sharnaaz Ahmad ini tidak hanya memiliki wajah yang cantik tetapi juga seorang yang matang.
Banyak ura-ura yang kedengaran mengenai Nabila sejak kebelakangan ini. Ada juga di kalangan warganet yang masih tidak berputus asa dan berharap agar Nabila dan Sharnaaz kembali bersatu. Tetapi Nabila menegaskan dia sudah move on dan happy dengan kehidupannya sekarang.
Meninjau entry terbaru Noornabila di akaun Instagramnya, telah dimuatnaik sekeping gambar Nabila yang menimbulkan tanda tanya di kalangan warganet. Anggun menggayakan busana berwarna lembut dan selendang di kepalanya, gaya Nabila itu dikatakan seperti orang bertunang.

Jika Nabila bersolek, lagi bertambah cantik dipandang mata. Bak kata warganet, seperti Katrina versi Malaysia. Kapsyen Nabila pula tidak dituliskan sebarang ayat kecuali emoji berbentuk ‘love‘ sahaja. Lagi lah bertambah-tambah teka-teki di kepala warganet.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tahniah haha, pastu start la orang gosip Nabila nikah hehe. Lofa dah post tu Nabila jemputan program Next To Neelofa.. ”
” Nabila ni memey ayu cantik berseri indah dipandang mashaAllah.. kena sentuhan najeeb pulokk wow.. ”
” Haihh mencetus tanda tanya.. nanti mula la pihak media buat andaian.. Sejenis pompuan muka classy n elegant sgt… sis love.. ”
” Fuh terkejut aku tadi, ingat Nabila nak nikah, Berseri-seri macam pengantin baru weh.. terpaling cantik lah Nabila ni.. ”
” Terkejut happy kejap.. ingat bertunang.. Nabila shoot dengan Lofa rupanya guys… tenanggggg tenang hehe.. ”
” Fuyoo semakin berseri-seri ni.. cantiknya dia.. Mcm org nk bertunang jer… stunning lah sis, gorgeous sangat.. lawa g1la.. ”
” Alhamdulillah get back dgn mamu ke.. aaminn .. happy jebat.. Tahniah… semoga Bahagia itu milik kalian Aamin… (kalau betul pun apa salahnya).. ”
Ada juga yang menyangka Nabila kembali bersama Sharnaaz tetapi yang sebenarnya Nabila menjadi tetamu jemputan untuk program Next To Neelofa. Penampilan Nabila yang cantik apabila bersolek membuatkan ramai yang ter’over’ thinking pula, hehe. Apa-apa pun, semoga Nabila berbahagia selalu bersama insan tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Noornabila
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen



