Artis / Selebriti
” Terjatuh pulak, jatuh macam Shaolin ooo. Kasut pun tak nak beri kerjasama kan.. ” – Komen Netizen
Video Behind The Scenes Shila Amzah Terjatuh Ketika Naik Ke Pentas Singing With Legends Raih Perhatian Warganet. Alahai Kesiannya Shila. Memang Berdebar Betul Masa Ni, Pandai Shila Cover. Bak Kata Ubai, Shila Buat Flip, Hehe !!
Umum mengetahui, Shila Amzah kembali menyertai satu pertandingan nyanyian di negara China iaitu Singing With Legends. Setelah lama Shila tidak berdiri di pentas pertandingan besar sebegini, rasa berdebar dirasai oleh pelantun lagu Patah Seribu ini.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ubai Mz, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan behind the scenes sebelum dan sesudah Shila melakukan persembahan. Ubai menunjukkan perjalanan mereka sepanjang hari ketiga di Wuxi sehingga selesai recording untuk episod itu.
Di sebalik persembahan Shila yang memukau semua penonton, ada kejadian yang tidak diduga terjadi. Semasa Shila memasuki pentas utama, Shila terjatuh di atas pentas ketika sesi memperkenalkan diri. Tergamam juga semua penonton yang hadir melihat Shila jatuh.

Menerusi video penuh di Youtube Ubai, Shila ada menerangkan situasi sebenar bagaimana dirinya boleh terjatuh. Faktor ruang lantai yang kecil membuatkan Shila tidak stabil dan tidak dapat mengawal dirinya. Mujur lah tiada apa-apa yang serius terjadi kepada Shila.
Jom tonton video di bawah ( tonton video penuh di hujung artikel ) :
@ubaimz Dia boleh buat flip pula. #fyp #tiktokmalaysia
Perkongsian oleh Ubai ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ksian Sha. Shila Amzah pun blh ‘nervous.’ Klau kita insan2 biasa, cmna plk…. Tak blh brgerak trus rs2 nya, jd mcm ‘statue’. Moga Sha okay mcm biasa dan takde ‘after effects’.. “
” Allahh.. terjatuh pulak. kasut pun tak nak beri kerjasama kan. saborr je lah. be careful Sha and fly higher.. “
” Ya Allah… jatuh tu.. jatuh mcm Shaolin ooo. semoga baik-baik jer shila.. kalau terseliuh tentu dah sakit tu.. “
” Tak boleh la tengok org jatuh.. hikmah jatuh tu Sha boleh Sampai ke final.. congrats Sha dan ubai.. “
” Alaa lucu la Sha tapi sweet. comel sangat gaya jatuh tu, jatuh stage dengan bergaya.. Lepas jatuh terus final ekk.. Terbaik Sha, not to worry this time ada Ubai jaga.. “
” Shila jatuh yg tengok pulak rasa nervous. Big stage weh. Gemuruh tu confirm ada.. Berbaloi la jatuh pun sampai final.. “
” Thanks Ubai, tolong tunjukkan kitorang BTS show Shila… kalau tak de Ubai mmg tak de la video2 camni… btw jaga shila elok2 ye… dia salah satu Aset orang Melayu yang Malaysia Ada.. “

Berdebar warganet yang menonton melihat insiden yang menimpa Shila. Shila juga mengakui dia memang sering terjatuh sebelum ini. Namun semangat juang Shila ditambah pula kata-kata semangat Ubai untuk Shila, akhirnya Shila berjaya melakukan persembahan yang memukau.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ubaimz, Youtube Channel Ubai Mz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


