Artis / Selebriti
” Terbaiklah Baba Jebat. Ada di mana-mana, bila-bila masa dan ketika.. ” – Netizen
Video Sharnaaz Ahmad Menghantar Jebat Jayden Pergi Bercuti Bersama Noor Nabila Buat Warganet Tersentuh. Bagus Sharnaaz, Sentiasa Ada Untuk Jebat. Jebat Macam Berat Hati Jer Nak Tinggalkan Baba, Hehe !!
Umum mengetahui yang pelakon Sharnaaz Ahmad berkawan baik dengan bekas isterinya, Noor Nabila. Meskipun sudah berpisah, Sharnaaz dan Nabila bergilir-gilir menjaga anak tersayang mereka iaitu Jebat Jayden yang telah pun berusia 5 tahun.
Apa sahaja perkongsian mengenai keluarga kecil ini pasti menjadi perhatian umum. Terbaru, meninjau di akaun Instagram Nabila telah dikongsikan video memaparkan Sharnaaz sedang memeluk Jebat. Difahamkan video itu dirakam ketika Sharnaaz menghantar Jebat yang ingin pergi bercuti bersama Nabila.
Sekali lagi perkongsian ini telah menarik perhatian umum. Ramai peminat memuji sikap Sharnaaz sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab yang sanggup meluangkan masa menghantar Jebat dan sentiasa ada bersama Jebat saat Jebat memerlukan.

Di ruang kapsyen pula, Nabila telah menulis kapsyen ‘dont worry baby’ dan perkongsian video tersebut telah menerima puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai nampak manja sangat Jebat, macam berat je nak tinggalkan Baba.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet menyukai video ini dan memberikan emoji suka. Antara komen-komen menarik adalah :
” Patut dicontohi bab anak, memang nombor 1 walaupun dah berpisah.. The best baba.. Terbaik lah Sharnaaz.. “
” Terbaik ayah dia ni. Kat mna pun ade.. Msti hantar.. Beza dgn yg lain asyik brmusuh ja dgn exwife.. Kalau tak brmusuh pun mereka tal pduli.. Mcm tak pnh hidup sama.. “
” Walaupun dh divorce they looks like a happy family.. Suka tengok persahabatan Sharnaaz dan Nabila.. Semoga korang terus bahagia dengan cara korang.. “
” Mgkn mrka lbh sesuai untuk bersahabat.. Jebat jayden adalah penghubung dan pengikat mrk wpun dah berpisah.. Jebat pun bijak.. Aksi2 dia menyatukan babah n mummy.. “
” Anak pengikat kasih sayang.. They are giving the best for their child.. Itulah yg sebaik2nya bagi mana2 pasangan yg berpisah.. Sbb jodoh itu rahsia dan takdir ketentuan Allah swt.. “
” Berpisah bukan bererti bertelingkah sepanjang masa, mungkin mereka bukan pasangan terbaik tapi mereka berusaha untuk jadi ibu bapa terbaik.. Such a very good example.. “
” Cinta tak semestinya memiliki. Moga Allah aturkan yg terbaik buat korang bertiga ya. Allahumma Aamin, Amin.. ”
” Terbaiklah Baba Jebat, ada di mana-mana, bila- bila masa dan ketika.. ”
Tidak hairan lah kalau sikap Sharnaaz dan Nabila ini mendapat pujian, memang nampak Sharnaaz mahupun Nabila sama-sama melakukan yang terbaik buat Jebat. Apa-apa pun selamat bercuti Jebat dan mummy. Semoga Jebat sentiasa happy dan menjadi anak yang baik buat mummy serta baba.

Silakan SHARE..
Sumber : IG noornabila
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman



