Artis / Selebriti
” Terbahak ketawa tengok aksi Roy ni. Habis rosak majlis orang bang, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Roy Azman merasmikan Majlis di SMK Perimbun Cheras buat ramai terhibur. Adui boleh pulak Roy buat aksi siuu macam tu. Tak pernah dibuat orang rasmi majlis macam ni, haha..
Sebut sahaja nama Roy Azman pastinya semua terbayangkan gelak ketawa dan jenakanya. Roy yang dahulu yang dilabelkan sebagai seorang yang serius kini bergelar pelawak. Semakin berusia, semakin kelakar pula Roy ini dan ada sahaja jenaka Roy yang mencuit hati semua.
Meninjau entry di akaun Instagram Sinar dan Roy Azman, telah dikongsikan gambar dan video ketika Roy diundang ke SMK Perimbun Cheras sebagai tetamu terhormat. Roy menghadiri Majlis Anugerah Inspirasi Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid 2024 dan diamanahkan sebagai perasmi majlis tersebut.
Segak dalam busana kemeja batiknya, gelagat spontan Roy ketika menyempurnakan upara perasmian itu menggeletek hati warganet. Belum pernah dibuat orang sebagaimana yang Roy lakukan. Spontan betul Roy membuat gaya ‘siuu’ yang selalu dilakukan oleh pemain bola sepak.

Berdekah semua di dewan melihat telatah Roy itu. Majlis formal pun boleh bertukar kecoh apabila Roy membuat kelakar. Pasti juga ini kenangan manis untuk semua guru-guru sekolah ini dan pelajar yang berada di dalam dewan. Perasmi majlis paling kelakar dan mencuit hati.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Buat hal la bang haha.. sekolah anak saya ni.. Haha, dlu time tgk cite lama2, rsa dia la plg jahat dgn garang. Skrang ni rsa mcm adoii msuk air btul.. “
” Aduhhh time drama memang nak nyumpah tapi in real life memang masuk air Roy Azman ni.. Roynaldo ni haha.. “
” Y rock my bro.. Bro u tu VVIP bro.. tak pernah pernah lagi tetamu terhormat perangai macam ni.. kalau tak buat hal memang tak sah, keras perut ketawa haha.. “
” Mantap lu memang lawak bro.. Aduhaii.. naya pak karim, dia buat aksi pulak dah haha.. siuuu tu yang tak tahannya.. kelakar betul Roy ni.. “
” Hahahaha habis rosak Majlis org Bang thisisroyazman haha. siap siuuuuu tuu.. 1 dewan berdekah, ok la tu asyik formal sgt je kan, sesekali kasi chilllll.. Mantapppp bang.. “
” Gaya tu kena ada lebih, baru happening.. Sempoi lah.. lain maciam YDP PIBG ni haha.. dia ni lah yang cari pasal dengan Mariana.. “
” Yang penting siuuu.. terbahak ketawa tengok aksi roy ni. confirm budak-budak semua happy tengok bang roy.. “
Terhibur semua dengan gelagat spontan oleh Roy itu. Belum pernah dalam sejarah VVIP perangai seperi Roy, memang cipta sejarah baru Roy kali ini. Sesekali langgar formaliti apa salahnya, menceriakan suasana dan memberikan senyuman kepada semua. Roy memang slay lah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Roy Azman, IG Sinar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

