Artis / Selebriti
” Terbahak-bahak aku tengok perangai masuk air Kepom, haha.. ” – Netizen
Video Elly Mazlein Ketika Membuat Persembahan Lakonan Di Atas Pentas Mengundang Tawa Warganet. Adoi Lawak Lah Kak Kepom. Kalau Tak Buat Perangai Masuk Air Memang Tak Sah Kan, Haha !!
Sebut sahaja nama Elly Mazlein sudah pasti ramai yang mengenalinya. Elly bukan sahaja dikenali sebagai seorang penyanyi, pelakon dan pengacara, malah Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina turut juga diminati ramai kerana perwatakannya yang suka membuat kelakar.
Meninjau ke akaun Instagram Kak Lina, telah dikongsikan video yang memaparkan Kak Lina sedang berlakon dalam sebuah persembahan pentas. Menerusi video itu, Kak Lina kelihatan begitu cantik mengenakan pakaian dan memakai tudung sedondon berwarna putih.
Seloroh Kak Lina di ruangan kapsyen, babak tersebut saat dia merajuk apabila mendapat tahu boyfriend mempunyai kekasih baru. Tulis Kak Lina lagi, ending persembahan itu dia terlangg4r tunggol kayu gara-gara merajuk. Perkongsian video ini telah mengundang tawa warganet.

Ada yang mengatakan tak pernah tidak ketawa jika melihat telatah Kak Lina yang dikatakan ‘masuk air’ . Sehingga kini, video lakonan Kak Lina menerima ribuan tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Amboi laju sungguh Kak Lina berlari, nasib tak terhantuk kepala tu.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur melihat telatah Elly ketika berlakon. Antara komen-komen menarik adalah :
” Terbahak-bahak aku tengok perangai masuk air Kepom, haha.. Sje ulang banyak² kali.. Bia dia langgar banyak² kali .. Haha.. ”
” Kak Lina, i suka u sejak zaman u start belakon lagi2 yg drama malam keliwon. Tu drama sedih i tonton i ingat lagi. U slalu buat kita ketawa hilang duka seminit dua, i pray to Allah to always shower u with barokah n rahmah.. “
” Tak pernah tak g1ler lah hahaha.. Mengekek- ekek gelak tau.. Aku biar tak sroll story lain.. Bior dia langgar ulang kali.. Bior besor dahi dia benjol.padan muka buat kelakor pepagi ni, hahaha.. “
” Bukan tersenyum tapi terbahak-bahak dah ni tengok video ni.. Tak pernah tak lawak lah Kepom kita.. Aduhaaaaiii Lina Po Pom.. “
” Ntah bpa. Kali. Ulang.. Kepom. Tak buat sehari taksah.. Memang no. Syatu.. Baru tgk movie Dosa yg tak diiktiraf, sweet jer pakai tudung.. “
” Nasib member tu panggil ek. Kalo tal dah terkejot da.. Akak kite nmpk awak kt Changi Airport td segan btoll nk tegur sbb awak nombor syatuu.. “
” Ulang berkali biar dia penat berlari. Hahah comel lah.. Suka la kak Lina pom2.. Semua boleh.. Sedih, suka, lawak, semua ada.. “
Tak kering gusi dibuatnya kalau tengok telatah Kak Lina, memang kelakar. Apa-apa pun Kak Lina memang the best lah. Menyanyi merdu, berlakon pun padu, apabila mengacara pasti membuatkan ramai terhibur, memang serba boleh. Semoga Kak Lina terus maju jaya dalam semua bidang yang diceburinya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG iamellymazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen



