Artis / Selebriti
” Tengok rehearsal pun dah tahu Amad boleh jadi juara. Meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Amad Dayyan rehearsal bersama Nadeera Zaini menyanyikan lagu Bukan Lagi Kita buat ramai meremang. Padu sungguh persembahan Amad, gandingan duet yang mantap. Tak ada langsung nampak Amad tak sihat..
Umum sudah mengetahui keputusan rancangan realiti Grand Finale Talk To My Manager semalam. Ada yang gembira dan tidak kurang juga yang berduka apabila artis kegemaran mereka tidak berjaya membuat persembahan dengan baik. Itu juga yang terjadi kepada Amad apabila mengalami ‘gangguan’ ketika sedang menyanyi.
Menerusi satu temubual bersama wartawan, Shuib ada mengatakan ketika rehearsal, persembahan duet Amad bersama Nadeera begitu wow sehinggakan Shuib merasa Amad bakal bergelar juara. Ramai juga yang ingin melihat video rehearsal Amad itu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Hattadolmat dan Rocketfuelent, telah dikongsikan video rehearsal nyanyian Amad dan Nadeera itu. Dari awal sehingga ke akhir nyanyian, suara Amad cukup lunak dan paduannya bersama Nadeera memberikan satu wow factor dalam persembahan itu.

Bukan masalah untuk Amad kerana dia sememangnya memiliki suara yang lantang dan boleh menyanyi nada tinggi dengan baik. Meremang warganet mendengar nyanyian Amad dan Nadeera itu. Ini sememangnya persembahan juara sekiranya dapat dipersembahkan dengan sempurna semalam.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Meremang bulu roma.. Bakat yang besar dari insan kecil . Allah nak bg hikmah yang besar untuk Amad.. yang pasti vokal Amad memang paling best.. “
” Bestnya amad nyanyi. klu tak mmg dia dah jadi juara mlm tadi. Performance sebenar yang tak dapat disaksikan semalam. Astro please remake this duet di next show mna2.. “
” Allahuakbar Sooo awesome. Kita fikir baik aje lah.. kalau tak ada video ni, saksi kesihatan dia awal dari nya. Allah maha mengetahui.. “
” SUBHANNALLAH.. suara dia mmg sedap & berbakat besar.. AMAD DAH JUARA SEBENARNYA.. Cuma menjadi tanda tanya juga la kenapa tiba2 sampi camtu sekali sedangkan kalau tok rehesal ni nampak sihat.. “
” Tgk rehearsal pun dah tahu amad bole jd juara. But agains. Kita merancang. Allah yg thu mana terbaik.. “
” Sedih pulak sebab lagu ni kuat dan lagu ni Salah satu lagu yg buat orang akan nampak kebolehan Amad. tapi ade ujian ketika nak deliver secara langsung kepada beribu rakyat Malaysia.moga amad cepat sihat.. “
” Rasanya amad mcm dh all out kt rehearsel.. meremang weyh…. i wish amad kembali tebus kembali kejuaraan amad… you deserved it.. “
Persembahan ketika rehearsal pun buat semua meremang mendengar suara Amad dan Nadeera ini. Sekiranya Amad sihat semalam, tentu seluruh auditorium akan memberikan tepukan gemuruh untuk Amad dan tidak mustahil Amad boleh menggondol gelaran juara. Apa-apa pun, semuanya sudah tertulis dan semoga Amad cepat sembuh.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hattddolmat, IG Rocketfuelent
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti3 days ago Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
