Artis / Selebriti
” Tengok rambut, teringat zaman Inspektor Mazlan.. ” – Netizen
Dato’ AC Mizal Kongsi Gambar Anak Terunanya, Reeve Damian Raih Perhatian Netizen. Amboi Bukan Main Tinggi Dan Kacak Lagi ‘ Oppa ‘ Malaysia Ni Ya, Part Rambut Tu Saling Tak Tumpah Dato’ AC Masa Muda !!
Dato’ AC Mizal sememangnya terkenal dengan bakat pengacaraan dan nyanyian yang dimilikinya. Menjadi antara nama tersohor dalam bidang pengacaraan, pastinya masa banyak dikhususkan untuk memenuhi tuntutan kerja. Namun, dalam kesibukan Dato’ AC masih punya masa bersama keluarga.
Dato’ AC sememangnya rapat dengan anak-anak tersayang. Sering dikongsikan gambar dan video tentang anaknya Muhammad Reeve Damian dan Fea Eryssa di akaun Instagramnya. Cepatnya masa berlalu, dah besar Reeve dan Eryssa. Kini kedua-duanya telah meningkat remaja.
Baru-baru ini, Dato’ AC juga ada berkongsi gambar anaknya, Reeve yang semakin tinggi lebih kurang tinggi Dato’ AC. Dalam kapsyen di akaun Instagramnya, Dato’ AC menyatakan tak sedar Reeve sudah besar, sedar-sedar dah nak sama tinggi dengan dirinya.

Bukan main segak bergaya lagi Reeve ya, tak ubah persis Dato’ AC masa muda. Ketinggian juga mengikut Dato’ AC. Mesti ramai yang terpikat dengan wajah kacak yang diwarisi oleh bapa dan ibunya, Datin Emylia Rosnaida ini. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Ikuti perkongsian Dato’ AC di bawah :
Perkongsian Dato’AC mendapat pelbagai komen daripada netizen. Rata-rata memuji kekacakan Reeve. Antara komen-komen netizen :
” Oppa Malaysia.. Tengok rmbut, tringt zmn Ins. Mazlan.. “
” Kurang lebih sama muka dato’ masa belakon “ gerak khas the movie ” lah dato’.. hahaha awesome lah.. best sngat lah movie tu haha.. “
” Letop oppa reeve.. Tomok ke Dato.. “
” Sekarang tinggi dia dh cecah berapa cm dato’.. “

Wahh dah besar rupanya anak teruna Dato’AC. Dah tak lama nak dapat menantu ni. Semoga Reeve menjadi anak yang baik, soleh dan penyejuk mata buat Dato’ AC dan Datin Emylia. Semoga keluarga ini senantiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya. Amin.

Silakan SHARE…
Sumber : IG Emyliadac
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan.
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen

