Artis / Selebriti
” Tema klasik lah, cantik konsep macam ni.. ” – Komen Netizen
Video sekitar majlis bertandang sebelah pengantin lelaki, Farhatul Fairuzah dan Ilham Amri raih perhatian ramai. Cantiknya tema majlis pasangan ini, betul-betul mengimbau kenangan zaman dahulu lah..
Umum mengetahui pada minggu lalu pendakwah dan juara qariah Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut telah selamat bergelar isteri kepada Ilham Amri. Pasangan itu dinikahkan oleh abang Farhatul sendiri dan majlis pernikahan tersebut turut disiarkan secara langsung di TikTok.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik silla.blog, jamalkongsi dan thekhulafastudio, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan sekitar majlis bertandang sebelah pengantin lelaki, Farhatul dan Ilham. Kelihatan menerusi video-video tersebut, majlis persandingan pasangan ini adalah bertemakan Melayu klasik.
Indah sungguh majlis perkahwinan bertemakan Melayu klasik seperti ini. Lebih-lebih lagi, semua tulisan ditulis dengan huruf jawi dan pelbagai gerai pelbagai juadah turut disediakan untuk para tetamu. Manakala pengantin pula memilih warna cream untuk busana mereka. Meskipun tampil ringkas, pengantin tetap kelihatan cantik dan berseri-seri.

Selain itu, kelihatan pengantin turut bergambar bersama ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan yang hadir. Perkongsian video-video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan tema majlis perkahwinan Farhatul dan Ilham sangat menarik.
Tonton video di bawah ini (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@silla.blog
@jamalkongsi Majlis persandingan Farhatul dan Ilham #congrats #farhatulfairuzah
@thekhulafastudio Live update harini untuk majlis sanding Farhatul & Ilham, kali ni tema klasik! Follow for more updatesss 🤲🏻
@thekhulafastudio Lanje sikit serba serbi suasana majlis sanding Farha & Ilham harini 😍 Gambar menyusul kemudian hehe ✨ komen kat bawah perkataan jawi apa yang korang nampak dalam video ni 😁
Di ruangan komen, ada yang memuji tema majlis perkahwinan pasangan ini dan turut memberikan ucapan tahniah. Antara komen-komen menarik adalah :
” Tema klasik lah, cantik konsep macam ni.. Selamat pengantin bru farhatul dan suaminya semoga kekal sampai ke jannah amin yarobbalamin.. “
” Berseri seri kedua dua pengantin bru ni.. Tahniah ustaz dan ustazah.. Selamat pengantin baru, semoga kekal hingga ke akhir hayat.. “
Meriah sungguh majlis persandingan Farhatul dan Ilham, nampak menarik serta cantik semua dekorasi yang disediakan untuk menyambut pengantin baru. Terus mengimbau kenangan zaman dahulu melihat tema yang dipilih oleh pasangan pengantin ini.

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Farhatul dan Ilham kerana sudah bergelar suami isteri. Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat dan keberkatan-Nya kepada kedua-dua mempelai ini. Semoga dikurniakan rumahtangga yang sakinah mawaddah warrahmah.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok silla.blog, jamalkongsi dan thekhulafastudio
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

