Artis / Selebriti
” Telan kaset ke bang, mantap betul suaranya.. ” – Netizen
Video Terbaru Rahmad Mega Menyanyi Lagu H1ts, Hentikan Alasanmu Raih Pujian Peminat. Wow Mengimbau Kenangan Zaman 90-an. Suara Tu Masih Power Macam Dulu !!
Sebut sahaja nama Rahmad Mega, tentunya peminat yang membesar pada era 90-an mengenali penyanyi ini. Banyak lagu-lagu hits kumpulan Mega yang dinyanyikan Rahmad antaranya Bayangan Gurauan dan Takdir Dan Waktu.
Bagi yang tidak mengetahui, sebelum Rahmad menyertai kumpulan Mega, Rahmad adalah vokalis bagi kumpulan Utama. Meninjau akaun Instagram Rahmad, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Rahmad menyanyikan salah sebuah lagu h1ts kumpulan Utama.
Lagu berjudul Hentikan Alasanmu ini pernah menjadi siulan ramai dahulu. Kata Rahmad di kapsyennya, Rahmad berterima kasih kepada orang yang menviralkan lagu ini. Walaupun sudah tidak lama menyanyikan lagu ini, liriknya masih diingati oleh Rahmad.

Mendengar alunan suara Rahmad ini, gemersiknya tak ubah seperti suara dalam kaset sehinggakan dikatakan oleh peminat seperti suara telan kaset. Memang sama walaupun sudah berpuluh tahun berlalu.
Jom tonton video di bawah :
Video Rahmad ini meraih perhatian dan mendapat pujian daripada peminat. Lagu kenangan mengusik jiwa ramai peminat ni. Antara komen-komen peminat :
” Peberet song ni mat. Rindu ngan lagu ni. Sebab lagu ni ngan band lain kan, bukan band Mega.. “
” Suara tak berubah, mantul lah bang. Lagu terbaik, vokal pun terbaik. Telan kaset ni bang Rahmad. Tak dimakan tua ini orang, steady bang.. “
” Hent1kan alasan kumpulan utama. lama tak dengar huhu, lagu kenangan ni. Padu suara, nyanyi balik lah bang Rahmad. Suara sedap.. “
” Telan kaset ke bang, mantap betul suaranya. My favourite song abang Rahmad. Duk pasang hari hari lagu ni. Sampai suami pun tanya tak jemu ke.. “
” Masya Allah, suara tetap sama daripada dulu sampai la. Suara maintain bang suka dengar. Nyanyi la lagu cahaya kekasih.. “
” Masya Allah evergreen suara pun, best lagu ni tapi jarang keluar dekat radio. lagu feveret ni, dr mula launch lagu ni smpai la skrg.. “
” Alamak ini lagu favourite saya ni. Selalu layan lagu ni sebelum tidur. Abg Rahmad memang lejen dari zaman Gerimis, Mega, Utama. tajuk lagu ni Hent1kan Alas4nmu.. “

Mungkin Rahmad boleh membuat comeback dan keluar dengan single baru untuk mengubati rindu peminat selepas ini. Tambahan lagi, suaranya masih dinanti-nantikan oleh peminat. Apa pun, terus berkarya dan semoga terus success dalam apa jua bidang yang diceburi.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rahmad Mega
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

