Artis / Selebriti
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
Video luahan hati Hadie apabila layak ke pentas Grand Finale Talk To My Manager buat ramai yang kagum. Matang sungguh kata-kata Hadie, tersusun dan bukan cakap kosong..
Nama Hadie Elfardie, anak sulung kepada Ina Naim dan arwah Suhaimi Saad menjadi buah mulut ramai sejak Hadie tampil di pentas Talk To My Manager. From zero to hero, itu yang dikatakan oleh warganet terhadap Hadie. Peningkatannya sangat ketara dan ianya diakui oleh ramai orang.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Whosmeinz, telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan Hadie meluahkan rasa hatinya setelah berjaya ke final. Untuk anak muda yang selalu merendah diri ini, Hadie merasakan dirinya ada sesuatu yang harus ditonjolkan kepada umum.
Kata Hadie, dia mahu orang memandangnya ke final kerana bakat yang ada pada diri Hadie. Tambah Hadie lagi, dia tidak mahu kehadirannya kerana atas dasar kesian. Ayat-ayat yang Hadie lontarkan menyenangkan peminat Hadie dan ianya jelas menunjukkan Hadie seorang yang matang.

Kesungguhan Hadie jika dilihat dari konsert pertama sehingga lah konsert final, semuanya membuatkan penonton teruja. Hadie ada aura yang mampu menarik orang untuk menonton persembahannya sehingga ke akhir. Hadie juga membuktikan semua genre lagu mampu dibawakan dan tidak hanya tertumpu kepada irama nasyid semata-mata.
Jom tonton video di bawah :
@whosmeinz Dari #talktomymanager ,ramai telah menjadi saksi kemampuan, kehebatan, keikhlasan, kelincahan, bakat & kebolehan @ADI? dalam industri. Satu je jangan terlalu lalai(sbb nanti akan ada geng2 makcik akan mengingatkan 🙂↕️), salah pilih kawan & terbuai dgn dunia popular. Popular tak apa tp jangan sampai popular tu yg akan merosakkan diri & nama. #Hadie #ManagerInaNaim #ttmm
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Bagus hadie… positif thinking.. tak mengharapkan perhatian orang untuk berjaya sebab awak memang dah ada aura tersendiri.. Hadie memang berbakat besar.. hadie memang ada bakat.. suara hadie macam orang dah matang.. “
” Adi ada bakat besar dalam industri seni suara sedap dan merdu cuma perlu tunjuk kemampuan Adi.. semoga ada kemenangan untuk adi nanti.. “
” Hadie seorang yg sangat matang.. teruskan berjuang .. inshaAllah suatu hari nanti kamu boleh pergi jauh dan terbang lebih tinggi.. “
” Memang Hadie mempunyai suara yang lunak dan tone yang merdu.. tak dinafikan suara Hadie tu sedap. berdiri atas bakat sendiri dan bukan sebab ada cable, itu yang penting.. “
” Yess sebab bakat bkn sbb harap pujian dan kesian, next Adi teruskan sertai pertandingan2 yg lain.. Btoi sangat pe yg Hadie ckp.. Xmng pn xpe salkn brmaruah kn.. “
” Betul tu, Hadie hebat. hadie bagus menyanyi berbagai lagu, semua genre hadie tapau. yang penting, hadie terkenal sebab bakat hadie, bukan sebab menumpang nama ayah atau ada kabel.. “
” Memang hadie ada bakat bagus tau.. Setiap minggu ada peningkatan dan banyak improvement hadie.. ada bakat, ada style tersendiri.. persembahan Hadie tak pernah terkucil. sebutan clear sebijik sebijik.. “
Betul apa yang Hadie katakan, dia hanya mahu bakatnya diakui dan orang tidak akan mengata Hadie ke pentas final kerana bergantung kepada sesuatu tetapi sebenarnya tiada bakat. Semoga Hadie akan melakukan yang terbaik di Grand Finale lagi, ramai yang menyokong Hadie dan mahu melihat kejayaan Hadie.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok whosmeinz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


