Artis / Selebriti
” Tak tahu nak ketawa atau nak menang1s.. ” – Netizen
Maryam You Narae Kongsi Video Suaminya, Ryzal Ibrahim Menyanyi Lagu Cinta Terbaik Dalam Versi Kelantan Buat Ramai Terhibur. Sampai Maryam Pun Join Sekali Menyanyi Sambil Tergelak-Gelak !!
Pasangan yang mesranya dipanggil Ryzal Ibtahim dan Maryam You Narae sering kali dilihat selalu menghiburkan pengikutnya tersendiri dengan video-video yang dikongsikan. Walaupun hanya sekadar video, telatah mereka sering kali berjaya mendapat perhatian umum.
Terbaru meninjau di ruangan Instagram Maryam, satu video telah dikongsikan. Video tersebut telah memaparkan suaminya, Ryzal Ibrahim yang sedang menyanyi dan menyampaikan sebuah lagu cinta daripada kumpulan band terkenal Indonesia, Cassandra.
Apa yang lebih menarik perhatian, Ryzal yang sedang duduk menyanyikan lagu itu dalam versi Kelantan dengan penuh perasaan. Lirik-lirik lagu yang dinyanyikan juga ditukarkan dalam versi kelantan. Alahai, kreatif sungguh Ryzal ni.

Maryam kelihatan sangat terhibur dengan nyanyian Ryzal. Sepanjang video dirakam Maryam turut ketawa. Malah Maryam juga cuba menyanyikan sekali lagu tersebut dalam loghat Kelantan juga.
Jom ikuti perkongsian video di bawah :
Video ini telah mendapat banyak tanda suka. Ramai yang terhibur dengan video yang dikongsikan. Antara komen- komem yang dit1nggalkan :
” Jiran saya cakap pernah kena bom0h siam.. Sama bunyi macam ni lah.. Jahan4m lagu org dia buat.. Hahahaha.. ahhahah.. Ryzal nyanyi lagu apa tu..”
” Alooo comey dooh.. lawok loh.. ku menang1s hahahha.. manthul.. Menang1s dengar hahahah.. cr4ck betul laaa.. don’t exp0se me like HAHS.. “
” Bolih lh.. aigoooo pasangan melet0p 2021.. Pun0h.. pun0h.. tpi cun.. Cassandra + cinta terbaik, itu lagu band dari Indonesia.. Cinta rizal maryamyurr terbaik.. “
” Hahahah Ryzal tak payah nyanyi lah.. buat lawak ngan maryam cukuplah.. Nanti ujan pulak.. Adoii ahahhaha.. sweetnye tpi kalau nyanyi betul2 lagu ni mesti lagi sweet.. “
” Aduhhh comey s1aaa.. Biasanya Maryam masuk air ni Ryzal pun sama masuk air.. Aku benc1 g1la lagu ni sbb kenangan b0doh.. tapi bila tgok ryzal nyayi aku terbah4k2.. “
” Comelll.. Bereh boh.. sep kito jange pecoh.. Amazing.. Tak tahu nak ketawa atau nak menang1s.. Meh nk ajr kelate.. Hooo.. nyakut moleppppp.. “
” Akak Tak sak1t telinga ke.. Hujan nanti dik Rizal.. Lebattt.. bila dengar lagu camni… nak kent0t pun tak jadi.. gelak dulu.. Demo lo ni tok supo mulo.. “
Bukan Maryam sahaja yang boleh menghiburkan penonton dengan aksi spontannya. Malah, keletah Ryzal juga berjaya menambat hati pengikut dengan lawak tersendiri. Apa-apa pun semoga kalian berdua sentiasa bahagia selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG maryamyunrrr, ryzalibrhm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

