Artis / Selebriti
” Tak semua orang ada hati yang baik macam ni.. bagusnya Kak Kolin..” – Netizen
 
																								
												
												
											Muatnaik Video Sebelum Rahim Sepahtu Dan Madunya Bergerak Ke Sepahtu Live Tour Di Johor, Perkongsian Isteri Pertama Rahim, Kolin Abdullah Buat Ramai Kagum. Wah Sporting Sangat Kolin Ni !!
Meninjau ke akaun Instagram Kolin Abdullah iaitu isteri Rahim Sepahtu, posting terbaru Kolin telah meraih perhatian ramai. Kolin memuatnaik sebuah video yang memaparkan Kolin memberi lambaian kepada suami dan madunya, Lily Khay.
Rahim dan Lily akan pergi ke Johor untuk Sepahtu Tour yang bermula pada malam ini. Pada perancangan awalnya, Kolin juga akan turut serta, namun tidak dapat mengikutinya pada saat akhir. Rahim hanya pergi bersama isteri keduanya sahaja.
Perkongsian video ini telah menerima pujian daripada para netizen. Ramai yang memuji sikap baik dan sporting Kolin bersama madunya. Tidak semua wanita mampu berbuat sedemikian apabila bersama madu. Apatah lagi melepaskan suami bersama madu.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 1 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ini bukanlah kali pertama Kolin berkongsi kemesraannya bersama madunya. Pasangan ini sememangnya baik antara satu sama lain.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji sikap baik Kolin dan mendoakan kebahagiaan keluarga ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Tak semua org ade hati yg baik mcm ni…bagus nyer…semoga berbahagia dunia akhirat.. baiknya kak kolin… hati baik.. “
” Respect satu dlm sejuta berbaik dgn madu dia ,rzki pun makin melimpah moga selalu dilindungi aaminn.. Comey je baju doraemon kak kolin.. “
” Sedihnya tak dot join roadtour tahun ni…. insyaallah tahun depan ya.. syomel je mummy.. Ok jumpa jb kak.. kirim salam orang sebelah.. “
” Hi beautiful heart.. Baiknya kak kolin.. Baju doremon tu sama mcm baju anak saya.. wanita hebat.. Seronok tgk..terus bahagia n gembira kak.. “
” Semoga keluarga kakak dirahmati Allah selalu.. senyum pulak aku tengok video ni .. Alhamdulillah… baiknya awak.. “
” Mn nak dpt kakak syg begini.. Moga akk kolin terus diberi kesihatan yg baik.. rezeki yg melimpah ruah.. Kak Kolin cayang Bidadari Syurga.. “
” Happy For both of you… semoga berbahagia hingga jannah.. Ya Allah rahmati la keluarga ni… cayang kak kolin.. hebat kak.. “
Apabila baik antara satu sama lain sememangnya rumahtangga akan bahagia. Namun tidak semua wanita mampu sekuat ini seperti Kolin. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga kebahagiaan keluarga ini berpanjangan dan sehingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Kolin Abdullah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									
