Artis / Selebriti
” Tak sangka Hun sungguh sporting nyanyi lagu dangdut.. ” – Komen Netizen
Video Hun Haqeem Berkaraoke Menyanyi Lagu Dangdut Mas Idayu, Cintaku 100% Bersama Peminat Di Dalam Sebuah Bas Buat Warganet Terhibur. Amboi Hun, Siap Bergelek Lagi. Tak Sangka Hun Sporting Macam Ni Sekali !!
Meninjau ke satu akaun Tiktok, perkongsian sebuah video yang memaparkan Hun Haqeem menyanyikan lagu dangdut yang berjudul Cintaku 100% telah meraih perhatian ramai. Hun menyanyikan lagu tersebut ketika perjalanan ke Krabi, Thailand di dalam sebuah bas.
Ia merupakan rombongan Hun Haqeem bersama kelab peminatnya dan sepanjang perjalanan mereka sememangnya menghiburkan dengan sesi karaoke. Hun turut berduet bersama salah seorang peminatnya menyanyikan lagu tersebut.
Dengan perwatakan Hun yang serius tidak ramai menyangkakan Hun seorang yang ceria dan sporting seperti ini. Hun siap bergelek sambil menyanyikan lagu Mas Idayu itu. Wah, boleh tahan juga suara Hun. Suara peminat Hun pun sedap juga. Sememangnya nyanyian mereka menghiburkan.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Pastinya percutian ini menjadi memori indah buat para peminat Hun terutamanya buat peminat yang sama-sama dapat berduet dengan Hun.
Jom tonton video di bawah :
@shieda2307 Trip Krabi Huniversefc x HunHaqeem 😍 19-22/09/2024 Thank You @HunHaqeem for you’re time🩷 Memang best Hun boleh naik bas sama2 dgn peminat2 n karaoke same🤩 #hunhaqeem #huniverse #huniversefc #huniversefamily #huniverselovehunhaqeem #huniverseloveyou #hunhaqeemforever #hunhaqeemfans #tiktokviral #tiktokviralvideo #tiktoktravel #TripKrabiHuniversefcXHunHaqeem #KeKrabi #rotijohn
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Hun haqeem dilarang kawin lagi skrg nnti kawin HAHAHAHA.. Aidol sangat dengan Hun Haqeem.. boleh tido mlm x lepas tu sis.. “
” Tak sangka Hun sungguh sporting nyanyi lagu dangdut. He can sing well too. The partner pun sedap suara.. akak tu tepi sikit bagi kita pulak.. “
” Enjoy n happening, bagi info n nanti bleh join next trip. adui knpe muke korea sgt ni adui.. Apesal aq pulak yg gelekkkk… Jgn dekkkk yaaaa.. “
” Best dangdut & jiwang.. seronoknya semoga Selamat sampai dan gembira sentiasa aamiin.. Kemain dia.. Budak tu fefeling plak.. “
” Malu2 plk hun nk nyanyi.. puaslah yah pandang Hun aarrg….. nak jugaakkkk, aku ingt kekyah kentang dh td. Overrr eh kakak yg nyanyi tu.. “
” Ikut hati mmg nk joinnnn apa2 yg libatkn hun ni tp tkt lakiku marahhh. Minat senyap2 ajelah.. So far, hero2 melayu yg muda2 bagi aku dia paling handsome.. “
” Ini suara perempuan kalau dinyanyikan sama laki2 gak akan kuat.. handsome betul.. jekferr.. boleh berngn panjang,, “
Difahamkan percutian ke Krabi, Thailand ini selama 4 hari iaitu pada 19 September 2024 hingga 22 September 2024 yang lepas. Walaupun percutian sudah pun berakhir, namun segala memori bersama artis kesayangan mereka pasti sentiasa diingati.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Shieda
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

