Artis / Selebriti
” Tak pernah dibuat orang Kelatan, ore Kelate pun tak make gini.. ” – Ryzal Ibrahim
Video Maryam You Narae sedang makan buah-buahan sambil cicah Budu curi perhatian ramai. Bak kata Ryzal, isteri Korea terpaling Kelantan. Maryam lagi Kelantan daripada Ryzal. Maryam turut kongsi impiannya tentang Budu, salute lah Maryam..
Pasti ramai yang mengenali pempengaruh media sosial, Maryam You Narae yang juga merupakan isteri kepada Ryzal Ibrahim. Maryam sering mencuri perhatian ramai dengan keperibadian lembut serta caranya menyesuaikan diri dengan budaya di Malaysia.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik pasangan ini duriankimchi, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Ryzal merakamkan telatah Maryam yang sedang menikmati buah-buahan bersama Budu. Kata Ryzal, dia tidak menyangka Maryam akan makan seperti itu.
Seloroh Ryzal, meskipun dirinya anak jati Kelantan, dia sendiri tidak makan seperti Maryam dan sangat kagum dengannya. Bahkan bukan itu sahaja, Maryam turut berkongsi impiannya untuk membuka kilang Budu suatu hari nanti yang akan dinamakan sebagai Kilang Budu Maryam.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan mereka suka melihat Maryam yang kini semakin fasih bertutur dalam dialek Kelantan serta cara dirinya menikmati hidangan tradisional dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Sehingga kini, perkongsian oleh Ryzal telah menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya warganet menyukai perkongsian video ini dan pelbagai reaksi telah diberikan. Antara komen-komen menarik yang ditinggalkan adalah:
” Herm saya bukan kelantan. Tapi saya suka cicah nugget, fries dengan sausage dengan budu. Mcm cicah dengan sos tu.. “
” Kelantan yg kibar bendera Korea makang apa2 cicah budu sokmo hahahaha.. Hidup mek kelateyyyy Maryammmm.. “
” Kita pernah makan mangga cicah budu camni kat rumah sewa dulu. Terpaling kelate dr oghe kelate.. Sedap juga rasanya.. “
” Hahaa maryam lucu sokmo.. Terer dooh kecek Klate.. Best sangat kalau tengok video Maryam n Ryzal.. Menarik.. “
” Sedap la, pauh colek tu racip halus2 mcm nk wt kerabu tu… Ltk dale budu makan ngan nasi picit cili merah sikit, ike kukus goreng, nasi dua pinggan.. “
” Ni dah bukan duriankimchi.. Ni kimchibudu, hahahahahaa.. Wei lah, kita oghe Klate pun tok makey ccolek buah dgn budu, haha.. “
” Dia cakap kelantan tak pelat wei.. Kagum pula aku dengar.. Tp ado je colek budu tempat2 jah blh make colek budu ni.. “
Selain itu, ada juga warganet yang berkongsi pengalaman mereka yang turut menggemari budu seperti Maryam. Malah, ada yang secara berseloroh mencadangkan agar Maryam menukar nama ‘Duriankimchi’ kepada ‘Budukimchi’ kerana Maryam terlalu gemarkan budu. Apa-apa pun, semoga impian Maryam untuk membuka kilang Budu suatu hari nanti akan menjadi kenyataan.

Silakan SHARE..
Sumber : iG duriankimchi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

