Artis / Selebriti
” Tak perlu inform satu dunia ‘I love you Bella’, tapi satu dunia nampak he loves u so much.. ” – Komen Netizen
Video kesungguhan YB Syed Saddiq membantu Bella Astillah sepanjang berada di booth jualan buat ramai tersentuh. Ucapan Bella di hujung kapsyen untuk YB Saddiq tu melting sangat. Komen YB pun bukan main sweet lagi..
Beberapa minggu yang lalu, Bella Astillah bersama adiknya, Didi Astillah telah pun menyertai Celebfest di Singapura. Pemergian mereka ini turut disertai oleh YB Syed Saddiq yang bertindak sebagai PA merangkap bodyguard Bella sepanjang YB Saddiq berada di sana.
Menerusi perkongsian di Instagram Bella Astillah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan moment Bella bersama YB Saddiq berlepas dari lapangan terbang sehingga mereka tiba di lokasi Celebfest. YB Saddiq membantu Bella dan bersama-sama berniaga bersama Bella.
Kesungguhan YB Saddiq menolong Bella berniaga menyentuh hati warganet. Bella sendiri meluahkan rasa syukur kerana YB Saddiq sentiasa bersama. Menerusi video ini juga, dapat dilihat sambutan yang diberikan oleh warga Singapura sangat memberangsangkan.

Produk Bella juga laku, antara produk yang dijual ialah laksa dan biskut. Baju raya juga tidak kurang sambutannya dan ianya membuatkan Bella lebih bersemangat untuk menyertai event pada masa akan datang. Bella juga tidak lupa menzahirkan ucapan terima kasihnya untuk semua yang membantunya.
Jom tonton video di bawah :
Lebih 27 ribu tanda suka direkodkan sejak perkongsian ini dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Fuh lega tengok YB komen, the ironman tahniah again.. Apa ni love love YB. buat kami yang blushing.. alhamdulillah happyynyaaa saya.. Tak perlu inform syatuu dunia “i love u Bella”, tapi syatuuu dunia nampak he loves u soo much.. “
” Alhamdulillah Alhamdulillah Semua Rakyat Satu Malaysia pakat Kembali Senyumm.. alhamdullilah dah jumpa yang boleh bantu pasang booth sama sama.. “
” Terus cairrr hati nieeee dariii apii menyala dari semalam … semoga BASS percintaan sehingga ke Syurga ..aminnnn.. Betullah kata Bella Astillah , YB ni ibarat Bella Astillah versi lelaki. Sbb BA jenis yg berkorban utk someone yg dia sayang, YB pun sama.. “
” Pleaseeee YB selalu teman our superwoman.. Kuatnya yb hahaha. Incredible ironman betul hehe. Alhamdulillah tahniah bella. Semoga terus sukses. Fly high.. “
” Fuh lega…. dari smlm rasa nak marah… syukur alhamdulillah.. Ku kembali senyum .. Alhamdulillah semoga kalian berdua di lindungi dr org2 yg dengki dan cemburu.. semoga kalian berdua kuat.. “
” Bella yasss And to syedsaddiq thank you.. Walau bergegar 1 Malaysia semalam, I know both of you are strong and always together.. “
” Love the vibe, much love.. sayang BASS selamanya.. Alhamdulillah ya Allah berbunga2 hati tengok video ni.. Ya Allah jagakan pasangan ni Ya Allah.. awas ye siapa buat Bella sakit.. “
” Bellaastillah punya pasal, apa pun takpe kan YB syedsaddiq.. xde dh nak jaga protokol, nk jaga smart ke apa xde dah.. bella punya pasal, apa pun bolehhh. Moga ratukan bella smpi kawen n smpi bila-bila.. “
YB Saddiq turut meninggalkan komen yang sweet untuk Bella :

Bak komen warganet, YB Saddiq tidak perlu ungkapkan kata I love you untuk Bella kerana tingkah lakunya cukup menggambarkan rasa sayangnya itu. Semoga pasangan yang sama-sama kuat bekerja ini sentiasa dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan terima kasih YB Saddiq selalu ada untuk Bella.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bella Astillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

