Artis / Selebriti
” Tak payah lah beli. Kenapa bazir duit.. ” – Elisya Sandha
Video Elisya Sandha menangis terima hadiah kejutan daripada suami buat ramai rasa tersentuh. Tak sangka Elisya menangis sampai macam tu sekali..
Pelakon, Elisya Sandha berkongsi momen manis apabila dirinya menerima kejutan istimewa daripada suami tercinta, Uzair Haqimy. Kisahnya bermula ketika Elisya dan suaminya keluar membeli emas untuk hadiah ulangtahun kelahiran ibu mentuanya, Sheila Rusly.
Menerusi perkongsian tersebut, Elisya menceritakan yang dirinya sempat tertarik dengan seutas gelang emas. Namun, dia hanya sekadar menyuarakan rasa berkenan kepada suaminya sahaja kerana sedar harga emas kini agak mahal.
Tidak disangka, keesokan harinya selepas pulang dari kerja, suaminya terus membuat kejutan dengan menghadiahkan gelang tersebut. Elisya mengakui dirinya menangis kerana terlalu terharu, bukan kerana nilai barang kemas itu, tetapi kerana kasih sayang dan pengorbanan suaminya.

Perkongsian manis itu menyentuh hati para peminat yang mendoakan rumah tangga Elisya dan suami sentiasa dipenuhi keberkatan, cinta serta kebahagiaan. Video berdurasi lebih seminit ini telah menerima lebih 45 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai netizen yang turut berasa sebak dan terharu. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Bini bab2 mcm ni mmg sebak + teriak. Tp nnt masuk bilik sorg2, joget2 you alls… Xpe.. suami yg membahagiakan isteri akan bertambah murah rezekinya.. “
” Suka lah tu.. ajak orang ngis sama sama btw semoga berbahgia sampai syurga ya.. Walaupun dia artis,dia pun fikir byk duit nak guna..tak payah membazir.. “
” Emas skrg mahal Sgt. Mampu beli yg halus2 je. Tp alhamdulillah.. Halus pun sweet kt tgn kita kan.. Kenapa aku nangis juga? (Bertanya dengan nada dering).. “
” Isteri dan wanita yg baik itu yg plg bersyukur.. proud of u elisya.. dlm ngis xnak, membazir tu tapi ttp nak jugak sbnrrnyaa. pompuan kan. kite pon sameeee.. “
” Isteri ni dia lebih fikir tak nak susah kn suami, cukup anak & dia cukup makan pakai. walupun suami mampu tp kita yg isteri jenis pandai cari duit sendiri ni kita kesian suami pnt lelah.. “
” bahagianya dia.. dia punya terharu dan menghrgai pemberian suami dia tu ya allah sebak tgk.. semoga hubungan elisyasandhaofficial & suami kekal hingga ke syurgaNYA.. “
” Adeh I plak nangis sama2 especially when u know ur husband really work hard just to buy this wonderful gift for u kan. Syukur ye Elisya. Jaga Uzair baik2 dan anak2 ok cherish this lovely moment ok.. “
Momen kejutan ini bukan sahaja melambangkan kasih sayang suami isteri, tetapi juga bukti kebahagiaan hadir daripada perhatian dan keikhlasan, bukan semata-mata pada nilai hadiah. Semoga Elisya Sandha dan suami terus dilimpahi cinta yang mendalam, rezeki yang berkat, serta kebahagiaan yang berpanjangan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elisya Sandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


